Sunday 30 November 2008

SEMERBAK JERMIN


SELAIN helaian pandan, kunyit, serai, daun limau kasturi yang kerap semerbak wangi terutama selepas hujan, semalam ku dapatkan sepasu kecil tumbuhan lama yang pernah mengharum halaman rumah nenek. Daun jermin setapak tangan ini lembut dan berbulu halus. Tapi Cik Melor pula menyamakan bentuk daun ini saperti pucuk ulam Pucuk Raja. Alahai, dia tidak pernah terfikirkan atau terpandang gadis-gadis Melayu hingga tahun 1960an masih berhias sanggul di kepala dengan hiasan sepucuk daunan jermin. Ha....eh sungguh wanginya menyengat! Melor terpana tak tahu apakah dia akan menghiasi helaian jermin ini di kepalanya.
Helai jermin harum mewangi
Menghias cantik di rambut dara
Lalai diri kerana iri hati
Menyimpan dendam alangkah hina*
*Siri pantun kasih sayang

2 comments:

Nisah Haji Haron said...

oh... jermin. Saya merindui pohon ini. Dahulu, jadi kesukaan arwah nenda. Kini sudah pupus ditelan masa. Ya, jermin harum. Baunya unik. Jauh sekali berbeza dengan ulam raja!

SITI ZAINON ISMAIL said...

Ayuh Nisah, kita semai semula. Nanti saya kembangkan benihnya.InsyaAllah.