Wednesday, 28 January 2015

Bila sarung makin dilupakan

Memakai sarung diertikan 'menyarung' anggota badan.  Menutup bahagian tubuh, melindungi  tidak terdedah terbuka sesuai adab budaya Melayu.

Dalsm adab Busana Baju Melayu lelaki , sarung disebut sampin(g) dipakai utk menutup punggung dan seluar, kerap diperikan ' menutup aib dan malu'

Apatah lagi, di kalangan wanita sarung lebih nyata makna fungsi adab, bersarung ikat ombak mengalun melengkap baju kurung, juga baju kebaya. Sarung juga digaya berkerudung. 
Hingga tahun 1970an sarung masih dipakai oleh wanita Melayu dgn penuh gaya dan terpapar dlm filem Melayu.

Perubahan makin ketara bila
Sarung sudah dijahit dengan pola ketat (kain ketat) tetapi tetap mengekal gaya Melayu moden.

Cuma perubahan sekarang pola sarung makin terpinggir. Apabila seluar menjadi ketara  hingga baju kurung dan kebaya juga dipadankan dengan seluar, jeans sebagai pakaian harian. Sarung hanya muncul sebagai pakaian basahan di rumah atau wanita yg masih setia adab budaya di kalangan kaki tangan pekerja wanita, guru dan pelajar sekolah.

Sebaliknya pakaian harian , santai berganti menjadi gaya seharian. Malah fesyen seluar ketat mengambil alih sarung atau kain ketat dulunya masih menampil identiti tahun 1960an.

Seluar @ shalawar / shawal  (Parsi )@ Chalana (Sanskrit) sudah beranak negeri di hati sebagai pakain harian .

Malah citra sarung memang tidak mendapat perhatian di kalangan pereka fesyen utk digubah sebagai identiti bangsa anak negeri. 

Namun diharap sarung masih dipakai untuk acara rasmi. Semoga begitulah hendaknya




Manuskrip Sahabat Siti 2014-2015

P
Alhamdulillah di celah tugas rasmi kucelahi kerja-kerja melakar dan menulis puisi sesuai bacaan pembaca kanak-kanak remaja.
Dua judul sudsh terbit : Bijak Si Katak Bijak (2012) / Bahasa Jepun ( 2014) dan Angsa Istana Si Jambul Desa (2014).

Seperti dijanjikan oleh CEO ITBN, terus diterbit bersiri dengan kod Siri Sahabat Siti Kecil.

Hidupku berputar ke dunia si Kecil Siti 50 tahun lalu. Melakar cerita bersama Emak, Abah, dan Nenek dgn sahabat kecil mengintan katak yg kerap muncul di bawah pangkin dapur: Awang angsaku yg kerap mengejar jiran dan saudara mara datang ke rumah. Awang adalah putera rajaku, macam sang putera yg segak harus kusediakan makana bersama ituk serati nenek. Saya turut mencintang batang pisang .Rasanya itulah makanan asas itik dan angsa.
Rindu pada Awang yangberbulu putih, leher leher jinjang mula menconcang relung batin,

Hujung Januari 2015
Siri Kucing: Si Bulu Cantik, Anak Kambing Sg Air Tawar, Cik Bunga Rantau Abang dan Laman Cicak  Mengkarung  disiap sunting oleh Editor Cik Ainunl.

Sekarang memasukkan gambar tambahan. Cik Bulan mohon pilih gamar Nnen, Abu dan Bilan ya.

Penulis tidak bekerja sendirian. Dia membawa khazanah kehidupan Alam Ciptaan Tuhan.

Selamat membaca Anakanda cucunda dan para ibunda!  

27 Januari 2015



  


Tuesday, 23 September 2014

PETI NURANI


Hari ini dalam kelas
ku tebarkan segala cerita
kisah seni lukis warisan
yang sudah lama di laman bonda
sejak batu bersurat
sudah ada perian Raja Wana
dari Lembah Bujang
sisa tembikar pecah
gendang gangsa
Sita dan Rama bercanda luka
batik sarung berpucuk rebung
ison-ison dan barungsai
rebana dan kecapi
juga khutbah dan azan
semua ada di peti nurani
mari kita buka
alam  Seni Rupa bukan baru
kenapa di asingkan dengan sejarah 
istilah seni lukis moden
 dan melupakan Rupa dan Jiwa
sedia ada?
buka peti nurani mu ya Anak ! 


24 Disember 2014
buat pelajar 
CC10702 & CC222022


Adab Memakai - menyarung keris di pinggang
kalau  hulu kepala menghala ke depan
mudah tangan menggenggam
awas,  tanda langkah  siap sedia
bertarung atau mula
menyerang 
atau menangkis tikaman


Untuk upacara adat bergelar
menerima anugerah
mengadap Paduka Raja
hulu keris menghala ke dalam
atau boleh juga tiada berkeris
hingga gelar di beri
tanda baik pekerti
akal budi ! 

24 September 2014

Wednesday, 23 April 2014

SENI RUPA ALAM MELAYU: Hari Buku : Pesta Buku Antara Bangsa KL 2014: 24 April - 5 Mei 2014

SENI RUPA ALAM MELAYU: Hari Buku : Pesta Buku Antara Bangsa KL 2014: 24 April - 5 Mei 2014

Hari Buku : Pesta Buku Antara Bangsa KL 2014: 24 April - 5 Mei 2014

1.
Sebagai penulis memang kita gembira , kerana ada hari istimewa bila orang berkumpul meraikan buku. Penerbit mengatur nika acara. Merasa disayangi juga bila ada undangan untuk kita bersama dengan program mereka.

2.
Penerbit juga pintar mengatur silat persembahan. Potongan harga istimewa, acara peraduan, persembahan undangan penulis untuk
bersama mempromosi  karya.

Tiga  tahun ini sudah ditakdir  buku saya diterbitkan oleh ITBM: 

1) 100 Malay Proverbs - Pepatah Petitih Melayu, 2012( ter.Jepun  
     2014/ Jerman)
2) Bait Senandung Malam , 2010
3) Bonda's Love ( terjemahan,Inggeris dan Russia), 2012
4) Bijak Si Katak Bijak , 2013 ( ter. Jepun, 2014)
5) Angsa Istana Itik Jambul 2014

Alhamdulilillah ini berkat kerja sana para editor, pereka bentuk dan 
Penata letak gambar dan  saya sendiri melukis - ilustranya.





Dinihari baru

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulilah atas Kurnia-Mu
Kasih Dinihari
Ada gerak menggamit
Bangun lah  kehidupan
Dengan deru
Gerak meluru
Suara yang memanggil
Bangkitlah Mentari
Usah diungkit resah lalu
Begitu bisik Detik
Suara
Kau harus berkata!

Insya Allah