Friday 25 February 2011

Arca Logam Melayu

Keris 11 lok, menunjang tidak menerjang, merunduk tidak mengulai
Idea kepala pekaka keris berpindah menjadi acra
simbol budi Melayu - karya perupa menyahut
cabaran Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Salah satu cabaran Dasar Kebudaaan Kebangsaan (1971) ialah tidak pedulinya, masyarakat Malaysia kecuali keturunan Melayu. Akhir tahun 1970an kegairahan menaikkan citra dunia Melayu begitu ketara dilakukan oleh Seniman Seni Rupa: Syed Ahmad Jamal dengan Siri Ledang, Ismail Latif, Anuar Rashid, Fatimah Chik dan lain-lain. Dalam seni arca mula dikesani dengan karya Mad Anuar Ismail, Arifin Ismail , Tengku Sabri dan Raja Shahriman (ukiran kayu dan logam)
Dari sudut pendekatan Alam Melayu kita dapat mengesan keghairahan pencarian dua pengarca iaitu Mad Anuar dan Raja Shahriman. Mereka kembali mecari akar pribumi, citra asal muasal bangsa. Mereka meninggalkan dunia kota yang serabut, menyepi, merayau ke lembah ruh dan jiwa. Nurani bertempur dengan nafsu, dan akal, menelusi aqidah dan hidayah. Hasrat diri yang bergelora adalah ' nafsu - manusia berkeinginan menggapai hasrat egoisme dengan akal mencari untuk menemui hasrat' (Musmarwan,2002). Bagai Sang Sufi mencampak kemewahan, memilih takdir, luluh dan menyatu. Maka berkatalah Hamzah Fansuri dengan Ruba'i nya,
Hamzah miskin dan hina
Bermain dengan Rabbul Alam
Selamanya sangat dalam
Seperti mayat sudah tertanam.
maka berpencaklah pahlawan muda dengan gerak silat dan acungan keris, ' Nafas' Raja Shahriaman, Mad Anuar atau pekikan maut ' Bujang' Bayu Utomo. Bukankah mereka bersuara : ' bangun wahai anak muda, menyatukan roh dan cinta untuk keturunan asal bangsa...'
(petikan esei mutakhir)
25 feb.2011