Saturday 9 February 2008

TELUK BELANGA - KELENGKAPAN BUDAYA TRADISI AGUNG


9 Feb 2008, Sabtu


BUDAYA TRADISI AGUNG, istilah budaya tinggi yang membezakan dengan perlakuan budaya rakyat. Istilah sederhana boleh saja difahami sebagai perlakuan budaya istana, golongan 'orang dalam'(istana) dengan budaya rakyat biasa ' orang '(ke)luar+an''. Dalam busana telah diperikan dengan gaya baju Melayu dengan kelengkapan kain samping khasnya gaya Teluk Belanga = baju Melayu Teluk Belanga --> baju di dalam samping ber'dagang dalam' '- baju di luar kain di dalam ber'dagang luar'. Tradisi begitu ketara setelah kuasa pemimpinan peranakan Melayu-Bugis mula berkuasa di Teluk Belanga. Malah peta Teluk Belanga lebih awal menceritakan peristiwa mahkota harus diturunkan di air, setelah angin taufan mengoleng bahtera di raja Sang Nila Utama Sri Tribuana ketika bermain di laut menuju Temasik.

Dari Temasik bertukar ke nama baru Singa + Pura,


- " Baiklah kita beri nama pulau ini menjadi Singapura setelah kita melihat ketangkasan 'singa, berbadan perkasa, dada berbulu merah, berkilat bukankah itulah agam Orang Laut? " -
itukan kesah akhir abad ke 13 M, sehingga akhir abad ke 18 M nama Teluk Belanga menjadi detik penting juga. Untuk membezakan rakyat asing yang mula berdatangan di Singa+pura, maka diasingkan antara pengikut yang berbagai keterunan terutama munculnya pergelutan tahta setelah kemangkatan Sultan Mahmud 111 di Lingga. Putera Sulung Raja Hussin berada di Pahang, maka ditahtakan Raja Abdul Rahman ,sehingga dua beradik beradu kuasa. RajaTemenggung kononnya berpihak dengan Raja Sulung- Raja Hussin lalu berpindah ke Singapura (1823) konon lagi disokong oleh Raffles lalu ditabal menjadi Sultan Hussin.
Tahun 1824 terpisahlah tanah milik kuasa kerajaan Melayu--wilayah kepulauan Riau jatuh ke tangan Belanda dan Singgapura beraja baru 'Raffles'.
MUSIBAHLAH kedua setalah kuasa dunia Melayu Sultan Mahmud 1 mangkat di Kampar.
Maka Temenggung juga mula menjulur taring, dia juga mempunya pengikut sehingga menuntut tanah Teluk Belanga sebagai wilayah Orang Temenggung. Maka pengikut Melayu mula berpecah dua, satu di Kampung Gelam tempat istana Sultan Husin satu di Teluk Belanga. Maka keturunan Temenggung terutama ketika Abu Bakar mempopulerkan diri baginda sebagai Seri Maharaja pun memperkenalkan baju Melayu Teluk Belanga. Baju berbutir sebuah mengunci leher bulan-bulan, dengan pemakaian bulang luar (samping) untuk orang dalam. Tradisi ini makin dikukuhkan setelah baginda menabal diri sebagai Maharaja dan kemudian digelar sebagai Sultan Abu Bakar (lih. Pakaian Cara Melayu, 2006) dan membuka Tanjung Puteri = Johor Bharu.
Tetapi perlu juga dipesan dengan sopan, bahawa pola baju kurung yang pertama kali ' melabuhkan baju Melayu dan membesarkan pangkal lengan tangan dan memanjangkan tangan baju' ialah Tun Hassan Temenggung di zaman Sultan Muhammad Syah.




No comments: