Friday 8 February 2008

Seni Rupa


8 Janauri 2008

SENI RUPA - istilah untuk Fine Art yang dipakai sejak aku belajar di Akademi Seni Rupa ASRI Jogjakarta. Sepulangnya dari sana, kutemui Ismail Zain (Almarhum, Pengarah Kebudayaan di KKBS, ketika itu 1970an juga memakai istilah ini dalam beberapa esie seni lukisnya). Tetapi Piya- dasa dan teman-teman seangkatanya di

ITM (sekarang UiTM), menggunakan istilah Seni Tampak untuk Visual Art dan Seni Halus untuk Fine Art. Apabila Syed Ahmad Jamal menulis buku dengan judul Rupa dan Jiwa ku kira inilah yang harus kupertahankan iaitu Seni Rupa bagi melengkapkan istilah untuk apa saja tulisan kajian tentang kepelbagaian kesenian khususnya Kesenian Melayu buat merujuk kepada unsur seni yang berbentuk (Rupa) merangkumi unsur Jiwa ( yang tidak terlihat tapi dapat di rasakan). Teringat pula aku pertanyaan seorang Menteri Kebajikan yang datang ke Jogja ketika itu lalu bertanya - "Seni Rupa - belajar make up ?"


Maka ketika memberi huraian atau definisi seni, baik di UKM, UniMas atau selaku pensyarah undangan di jurusan seni lukis dan seni reka UTM, mereka (pensyarah-pensyarah pun pening kepala dan bersuara - yang mana baik ? "). Apa lagi mereka kerap membezakan makna dan nilai Kraftangan dan Seni - seni itu berbeza - masih dengan teori Barat yang memisahkan Arts & Craft terutama setelah revolusi industri mula menakluki kerja seniman tradisi pada abad ke 18 di Eropah. Dalam tulisan di blog ini ku pertahankan istilah Seni Rupa, khususnya dalan kajian teks seni yang dipaparkan dalam teks Sastera Klasik Melayu. Sama ada tentang berbagai ragam rekabentuk busana - tektstil ,seni bina: bentuk rumah - perahu, payang, ruang rumah dan istana, termasuk aneka alat muzik istana -perhiasan diri emas perak, peralatan dapur, tembikar, atau anyaman pandan dan mengkuang dapat dirujuksebagai hasil pengeluaran seni rupa yang merangkum roh dan semangat manusia Melayu!

No comments: