Monday 25 July 2011

Bucuk Masih Merajuk

BUCUK kami hampir berusia 3 tahun. Setelah menghilang lebih 9 bulan, kini Bucuk hanya mencuri masuk ke rumah. Selebihnya dia kerap pamer diri dengan menggulingkan tubuh gebunya, pusing kanan kiri tapi tidak mahu dihampiri, apalagi didokong seperti biasa. Kucing jantan memang tahu harga dirinya dengan gaya perkasa. Sejak Jingga kecil tiba , dipedulikan, Bucuk merasa disisihkan (aduhan tidak sekali). Muncul pula Momot, masih seketurunan Bucuk tapi kerana sama jantan, rasa iri tetap menggelitik resah Bucuk. Jingga dan Comot masih dapat berbaik...tinggal dalam rumah, memilih pojok masing-masing. Tapi Bucuk tetap saja berguling di lantai luar...selamat malam Bucuk, jumpa esok dengan mentari gemilang ya...Momot sudah dalam sangkar tak akan mengganggumu !


****


(Gombak, 25 Julai 2011)m

2 comments:

afyassin said...

Sesekali datang berkunjung ke Seni Rupa Dunia Melayu, sekadar bersembang di dunia maya. Barangkali inilah sahaja cara komunikasi yang mungkin dapat membantu mengingati bidang seni dan persuratan.

SITI ZAINON ISMAIL said...

bung Afy...mohon sokong kerja PAPTI..sampai sekarang kes untuk menulis menerbit tak menjadi saja..hehe, nanti saya hubungi Dr Is, kita berbincanga di rumah Bangi ye...