Tuesday 10 May 2011

Sisipan Catatan Sejarah (SKAA)

Selepas melewati kawasan pasar di luar tembok, kami meredah ke lorong yang dibendung tembok kanan kiri untuk menuju ke masjid al Aqsa


****









Catatan sejarah tentang Baitul Maqdis - Al Quds :



1. Pada tahun 1904, Pop Pius ke X, bersuara, " Saya sebagai ketua gereja Kristian tidak berkata selain, ' Orang-orang Yahudi tidak mengiktiraf nabi kami. Oleh itu kami tidak boleh mengiktiraf bangsa Yahudi . Baitul Maqdis selama-lamanya tidak boleh berada di tangan orang Yahudi" (dalam Muhammad Rahmaadi, 2010,19)



2. Tahun 1967, UNESCO mencadangkan buat menjaga khazanah budaya Islam dan harta milik Palesti. Dana akan dikeluarkan untuk melestari persekitaran Baitul Maqdis, Kota Lama dengan membaik pulih masjid, gereja dan tembok sejarah yang cantik sejak zaman kemunculan kota Baitul Maqdis. Tumpuan akan diberi melestari bilik mandi Al'ayn dan al Shifa di sekitar pasar Qattaiin, di situlah pintu besar dan tercantik untuk masuk ke kota Lama Baitul Maqdis (Muhammad al Ramaadi, 34).



3) "Pemilihan Israel, Baitul Maqdis sebagai ibu negaranya (palsu) suatu perkaran mustahi dan harus ditolak. Baitul Maqdis adalah pusat (ratu) kepada tiga agama langit. Adalah mustahil untuk kumpulan Yahudi (Zionis) yang hanya berjumlah 15 juta orang sahaja daripada penduduk dunia untuk menguasi kita, umat Kristian dan ISLAM " (Hillarion Kabutshi, matron Katolik Roman di Baitul Maqdis, berita dalam International al Haram, 27 Feb 1995)

***
Gombak
10 Mei 2011

No comments: