Monday 30 May 2011

Dari Stesen ke Stesen (2)

Broser dengan laluan jalan raya dan kereta api, salah salah promosi niaga
yang perlu untuk pengguna.

DARI STESEN KE STESEN (2)

Pernah ku bertanya kepada salah seorang sahabat mudaku," Apa perasaanmu ketika melihat keretapi lalu dan mendengar aum suaranya yang bergema itu? ". Dengan bersahaja dia menjawab, " Tak ada rasa apa-apapun" . Setengah kecewa saya tidak pernah bertanya lagi. Tiga tahun berlalu, tiba-tiba di satu senja, dia bersuara tentang bunyi kereta api, " Baru sekarang saya dapat menikmati, terharu mendengar bunyi kereta api. Rupanya berbeza dengan bunyi komuter dan LRT" .

Inilah pengalaman menunggu kereta api tiba di stesen lama. Kadang kereta api lambat jadualnya, rel rosak dilanda banjir atau bukankah zaman perang dulu, rel rosak kerana diancam musuh. Zaman perang, pernah kau alami itu?

Di negara, yang lebih peka dengan jam dan waktu, kita dapat membandingkan bagaimana jadual keberangkatan dan ketibaan menjadi hal penting. Broser perjalanan, nama stesyen dan jam ketibaan tercatat rapi. Wisel berbunyi, sebelum kereta api bergerak. Senyuman penjual tiket, gerabak kafe yang sederhana tetapi selesa dan bilik air yang rapi dan bersih.

Hatiku berdebar dan pilu, mungkin ciri-ciri inilah membuatkan Singapura bosan dengan kehodohan stesen di Bukit Timah dan pengap kelabunya stesen Tanjung Pagar. Mereka sudah memasang strategi, kalau tidak berubah cantik, tidak dimajukan tidak dipromosi, ya singkir saja. Pernah kutanya kepada ketua Steseyen di Johor Bharu, bila melihat dua keping lukisan sederhana tergantung di dinding kusam, karya seorang pekerja, kerani yang suka melukis, Jawabnya, " Kami tidak ada dana untuk mencantikkan stesen ini " . Maka tidak hairan tidak ada ruang kafe disediakan. Sedangkan penumpang dan pelancong (asing) kerap menggunakan laluan ini. Tetapi alat hubung ini memang jarang digunakan oleh pembesar, penguasa negeri. Jadi untuk apa mencantikannya kerana kereta api hanya untuk rakyat marhen???

Sekarang manakah peta jalur Johor Bharu merentasi Tambak Johor ke Bukit Timah ke Tanjong Pagar. Semua sudah menjadi masa lalu. Kalau ada kenanganpun, ya tutup saja rindumu, masa itu sudah menjadi sejarah yang sengaja dihilangkan..

' Hanya dalam gambar lama
kau tersenyum menatap awan
sayang awan sarat benang kelabu.
di tangga gerabak kelas tiga
sarungmu tersangkut luk

(Bait Senandung Malam, 2009,12)


Rumah Nilam,31 Mei 2011

No comments: