@ Siti Zainon Ismail, Jan 2009.2
BILA langit politik berterantang dengan pukulan gendang...ha ayoh pukul gendang ciptaan saya.
Buat anakanda Mawar, jangan buang periuk yang bocor ya, boleh hadiah ke bonda...lalu kuhias jurai palma, renek bunga semalu....atau sisa tin biskut, kusiram langit ungu, carik bulan merah - luka.
Chikgu Hanem sesuai ke buat pameran pelukis wanita di Chandan bulan Julai nanti?
Siri Gendang Raya , ayoh gendang di palu...biar Jingga Sakti berketukkkkkk....dengan gambus dan bialonya , dak dak dum dak dak cun (ah gaya AGI pula)..huhahuuuuuu. Begitulah cerita gendang raya....berdentang-dentang siapakah yang mendengar bunyinya....BUMI LUKA SEBUAH BANGSA?
Siti Zainont Ismail
Gombak
19 Jun 2009
3 comments:
Wah, indah sekali karya sebegini perlu dibuat pameranlah bonda. Mari kita rancangkan. Unik amat ini.
Ya, barangkali inilah keriuhan diri bonda kerana yang lain riuh rendah dengan gendang politik yeeyyeyy. kita gabung buat projek pukul gendang dengan adik-adik bimbinganmu?
Bonda yang sarat ilham seninya,
eh, tak akan kubuang bonda!
Post a Comment