Wednesday, 17 June 2009

DALAM RIMBUN HIJAU


Pohon saga ini makin menjulang, meranting hasil semaian burung tumbuh di halaman ruman Bangi
HIJAU pula warna kesuburan. Warna semula jadi ciptaan Ilahi....warna hijau Melayu untuk celup kain daripada bahan alami juga, daun senduduk, daun pandan, peria dilumat halus, diperam, tambah asam limau sebagai pelindung luntur.
Dengan rimbun hijau, serindit pun bersiulan, kicau murai makin menjadi-jadi...bagun-bagun, dah pagi, azan dah lama berlalu...eeeh masih dalam selimut juga.

Rimbun petang dalam jalur ranting bunga raya, pelepah keladi, pisang hutank jurai palma...sampai bila kalian abadi di sini?

5 comments:

D'Rimba said...

Begitu memukau tajuk catatan kali ini anakanda amat suka Rimbun Hijau...

SITI ZAINON ISMAIL said...

ya kan dikau selalu di rimba . redup hati kita selalu kan?

D'Rimba said...

Bonda memang cukup memahami diri anakanda ini. Sungguh tidak sangka. Terima kasih bondaku. Nama Rimbun Hijau boleh jadi jenama unggul di bawah teduhan rumpun Melayu.

drbubbles said...

Bonda Siti,

Saya cukup obses dengan biji saga merah suatu ketika dahulu.Sanggup merayau-rayau di Tasik Perdana mencari pokok-pokok saga.Saya sempat menyemai benih saga di dalam pasu.Namun obsesi itu mati apabila bapa saya mencantas batang saga sebesar 50 sen itu tidak lama kemudian.

"Semak!",katanya.

Hehehe....

SITI ZAINON ISMAIL said...

ya sungguh kita kadang harus berani menantang.rumah kami memang kerap disebut rumah hutan.pokok saga 5 th dah berbuah macam petai belalang.yg membawa benih si burung yg baik hati itulah.