Tuesday, 2 June 2009

CERITA SEBUAH TROLI (buat untie Ida sekeluarga)

Tugasku dulu, tempat hidangan kopi dan kuih
ditolak dari dapur dibawa ke ruang tamu
Kadang-kadang aku rindu bau kopi dan bingka Medan
TAHUN 1960han dulu, aku hanya berfungsi untuk meletak cawan kopi, piring kuih dari dapur di bawa ke ruang tamu. Mem ku, Nyonya Ida yang cantik molek sambil tersenyum mempelawa tamu, " ayuh sila minum kopinya, cicipi kuih bingka Medan tu" . Itulah suara Nyonya Ida, isteri kepada seorang pengarah film di Studio Merdeka, Naz Achnaz yang sedang menggarap filem dengan tokoh pelakon muda ketika itu Ed Osmera, Sharifah Aminah, Merdewati termasuk pelakon tenar Husin Abu Hassan dan Haji Mahadi. Tapi bila Nyonya sekeluarga ini harus pulang ke tanah airnya, kembali ke Jakarta untuk membina hidup baru, putera-puterinya yang sulung Geni lulusan UKM (sekarang aktif dalam NgO Perempuan, pernah sebagai direktor TIFA ), Ken (senior editor di Jakarta Post) , Nan (dosen filem di LKJ dan pengarah film bebas) dan Bet (penterjemah, Inggeris-MeIayu) adalah hasil pendidikan sekolah di Malaysia dan melanjutkan sarjana di luar naegeri. Konon cerita Nan Achnaz turut mewarisi bakat ayahnya, menjadi pengarah dan penerbit film (antaranya Pasir Berbisik, Fotografi dll, sekarang sedang menerbitkan Pesantren, karya arahan dan skrip suaminya Norman Hakim) ....tapi aku si troli masih di sini. Masih di Gombak kerana troli diserahkan kepada Siti Kecil ketika keluarga itu berangkat....
Kini aku bukan tempat menghidang kopi dan kuih, tapi bertugas lebih berat, kerana menampung buku-buku, sebentar, disusun, sebentar diambil di baca, sebentar disimpan semula ke rak buku, esok lusa kalau tuan baruku akan mengkaji dan menulis, akupun diseret ke rak buku, di heret lagi ke ruang komputer...akulah troli yang tetap setia. Adakah manusia akan setia seperti aku, troli yang tidak pernah sunyi dengan telatah tuan kami. ....sesekali aku rindu bau kopi dan kuih bingka dari Medan....Al Fateha buat tuan lama ku Bapak Naz Achnaz , semoga Nyonya (Tengku) Ida sehat wal afiat jauh di Pondok Kelapa, Jakarta sana.....

No comments: