Sunday 7 June 2009

ORANG MALAYSIA SUKA MAKAN DAN BERBELANJA

Selepas makan, inilah waktu untuk berbelanja...
memilih jualan murah...tak beli jeling-jeling dah menyeronokkan...

5 Jun, HARI JUMAAT - hari indah bagi lelaki Muslim diberi waktu panjang untuk keluar awal (pukul 12 tengahari) untuk ke masjid. Tetapi wanita kemana? Jumaat kelmarin saya terlewat tiba di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - tepat sampai pukul 12 thri kerana berputar-putar menjaci tempat kereta di Simpang Maju. Di tingkat 34, ada tiga orang staf sibuk depan komputar (pasti dengan facebook le), ketika mencari pegawai berkenaan, semua pintu tertutup...saya kembali ke depan, bertanya salah seorang menjawab,
- " oh dah pukul 12, semua keluar"
- " eh perempuan ke masjid juga ke..?
Saya tahu mereka marah kerana pertanyaan begitu.. tak pe , saya berlenggang turun cuba menghibur hati setelah menyerahkan surat laporan rasmi projek pameran Angin Si Pauh Janggi....kemana lepas ni ....
Pukul 12.15 tengahari , mereka sudah menjamah makanan -
yang lelaki tu cuti minggu ini ya?

Pukul berapa mereka akan naik ke pejabat? Kalau pejabat kerajaan, biasanya pukul 2.30 yang perempuan baru masuk ke surau. Pukul 3.30 belum pasti mesyuarat dapat dimulakan.
Ini catatan seorang yang tidak lagi terburu-buru ke pejabat - seorang pesara kerajaan berkeliling mencari kedai buku di bangunan Simpang Maju. Terjumpa kedai mamak ....jual buku cinta popular saja dengan majalah macam-macam : pengantin. fesyen, bola sepak blaaa, blaa jangan harap jumpa Dewan Sastera atau Dewan Budaya di sini. Datuk Seri, jengah-jengahlah, kalau betul kita nak bina Kota Buku, harus juga disyaratkan setiap bangunan perniagaan, ada kedai buku....Atau DBP juga harus disyaratkan membuka cawangan kedai buku kecil di mana-mana, jangan di bangunan menjulangannya , tapi kedai buku di situ juga malap juga....

3 comments:

D'Rimba said...

Setuju amat dengan saranan bonda ini. Kasihan kedai buku biasa ini jual banyak buku popular sahaja, yang ilmiah sedikit cuma itupun jika ada. Al maklumlah buku popular banyak untung jualannya manakala buku ilmiah lebih banyak untung menyemai nilai dalam diri masyarakat kini dan masa depan.

Riesna Zasly said...

bonda,

sebenarnya dalam dunia "marketing & promotion" orang yang mahu menjual harus lebih beriya-iya dari yang mahu membeli... Syarikat buku popular yang menjual buku-buku mereka, betul-betul bersungguh memperjuangkan konsep "orang yang menjual ini".. kerana itu orang lebih suka, malah lebih suka berurusan dengan mereka bila untuk membeli atau untuk urusniaga buku...

Sekadar segmen rena menziarah ke galeri DBP beberapa minggu lalu... mereka melayan hendak tak hendak sahaja... tanya pasal buku pun, suruh di cari sendiri... banyak dari soalan kita, dia jawab, "tak tahu", "tiada" dan senyap langsung tak layan... memang tawar hati nak menjenguk lagi ke situ...maklumlah orang kerja gomenlah kan... macamana lah mereka nak berurusan dengan pengedar buku ya..

itu belum lagi kalau nak info atau konsultasi dari mereka.. payah lah..

eloknya. DBP tu diswastakan, baru org yang berkerja ala gomen itu, boleh kerja betul-betul sikit.. lebih serius bertugas... dan konsep pasaran mereka lebih maju ke hadapan... baru padan muka mereka

Riesna Zasly said...

kami tabik pada puan ainon, di PTS tu... marketing & promotion syarikat mereka benar-benar bersungguh... oleh itu, belilah buku ilmiah dari PTS ya encik D Rimba...