KADANG setelah lelah bekerja, memang tidak ada waktu untuk ke dapur. Petang kucari Cik Melor yang kerap keluar dari pejabat hampir Maghrib. Lalu kami singgah di sebuah kafe di kaki bukit kawasan elit ibu kota. Suasana sudah sunyi, hanya percikan air di sungai buatan, mendesir, sesekali terdengar gelepar ikan di kolam, lampu makin suram. Kami berehat dulu di surau sepi di celah kafe. Terdengar sayup suara azan dari kaki bukit, surau tidak jauh dari ASWARA. Tanpa imam kami bentang sejadah, kami panjat doa dalam diam-diam, bersyukur menikmati keindahan anugerah Ilahi.
Perutpun berkeroncong, di kafe ku perhati menu - tertarik ada senarai mencatat ' pecal'. Wah ni pasti membuka selera. Memanglah bila sampai yang dihidang ialah sepiring kecil pecal, dengan sejemput hirisan halus timun , tauge, separuh telur rebus, dua potong dadu tauhu dan tempe goreng. Semangkok kuah kacang. Memang terkejutlah dengan hidangan makanan diet di kafe ini. Ouuop rupanya pecal hanya hidangan menu pembuka selera - appetizer . Orang Melayu mana ada istilah pembuka selera....hahaha, kerana rindukan pecal kampung dari Kediri ku pesan lagi sepiring hahah...pecal demikianlah nasibmu dihidang begitu cantik....tapi tidak cukup mengenyangkan . Kalau pecal di lembah Merapi, makan petang hingga ke malam, perut masih sendat, kerana ramuannya bertambah dengan ketupat nasi, keropok, tempe bacam lagi...
4 comments:
Dr. Siti,
Ngences rasanya bila membaca cerita tentang Pecel, maka terkenang akan Arwah Embah yang sering membuat bumbu Pecel mesti ada kencor untuk cucunya. Tapi tempe bacem belum pernah rasa lagi. Seronok rasanya dan menggugah nostalgia bila membaca buku Kasih Bonda yang akan diterjemah.
Sedapnyaaaaaaaaaaaa..di manakah kafe yang indah itu? Saya selalu juga pergi ke kafe Nailis di Sentul itu sebab suka dengan kreativitinya seringkali ada perubahan landskapnya merata tempat. Tempat duduk bawahpun ada dengan meja ala Jepun.
Ya Mie, orang Jawa menyebutnya "pecel" - memang kencur tidak dapat dipisahkan dengan menu masakan Kawa. Orang Melayu menyebutnya cekur, daunnya boleh buat ulam juga...bacem itu tauhu yang direbus dulu dengan asam keping atau asam jawa, perap dengan gula merah semalam baru digoreng. rasanya lembut gebu masam-masam manis. Ini menu dari sungai Serayu Jawa Tengah....sekarang lagi menyiapkan manuskrip 100 Petatah Petitih Melayu - Alam Terkembang Jadi Guru lengkap sketsa juga...pengurus ITNM dah senyum-senuyum (setujulah tu) untuk terbitan menjelang usia ke .... hujung tahun ini)
Di Rimba, kafe ini khusus untuk staff keluarga jabatan itu saja. saya tumpang Cik Melor...tapi kalau atau ada kawanmu bekerja di situ ajak le dia pelawa ...
Mei,Maaf salah ejaan : Kawa = Jawa.
Post a Comment