Wednesday, 3 June 2009

MAKAN MALAM GAYA KAMPUNG


ALHAMDULLIAH , pada malam 31 Mei kami ketemukan juga masakan kampung yang dapat dihidangkan untuk makan malam . Biasanya rata-rata hanya masakan siam, mamak, cina, barat yang sedia masakan panas di waktu malam. Setelah penat memindahkan barang-barang dari Bangi hari Sabtu kelmarin, kami raikan makan malam di warong Pak Yop (jelas nama Perak), menunya mee rebus Kuala Kangsar. Makanan lain masih kedengaran bombastik saja dengan menu mee kari meletup, bihun sop power (kalau datang lagi saya nak usik Pak Ayop, minta gugurkan perkataan power). Tetapi lebih dasyat, saya sempat bawa pulang ikan jelawat masak tempoyak Perak (tak pakai santan, nak cadangkan kepada Pak Yop, kerana warung ini di Gombak, fikirkan juga masakan orang Selangor kalau di Gombak terkenal masak tempoyak pakai santan pekat, cili padi ). Menu tambahan masih boleh pesan, goreng cili padi pada pucuk paku, masak lemak kacang botol , ulam jantung rebus , dapat dihidang untuk makan malam di warung ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Mak Yop, bila saya masuk aje dia pasang lagi SM Salim (eh boleh karaoke beb)....Untuk Di Rimba (maaf saya betulkan sebutannya ya , bukan d' ), di sini tidak ada muzik air tapi ada pondok dan kita boleh makan sambil bersembang nak bincang ide menghidupkan warisan budaya...tempatnya di pinggir jalan Taman Batu Muda ikut jalan dari Sentul lurus menuju Giant. Nah di situ Pak Yop menanti. Anda boleh bawa muzik CD lagu Pak Nyah Balik ya, saya tunggu

5 comments:

D'Rimba said...

Bonda tercinta begitu melaju dengan pelbagai catatan kali ini. Terima kasih abadikan Di Rimba di blog bonda. Amat gembira rasanya. Bonda, insyaAllah anakanda akan pergi bertandang ke Warung itu. Dulu anakanda belajar di Kolej Islam Antarabangsa berhampiran. Anakanda juga akan hadir ke Majlis Baca Puisi di Rumah Pena pada 5 Jun jam 8 malam Jumaat ini. 6 Jun di tempat dan waktu yang sama pula ada persembahan lagu Melayu asli daripada kumpulan anak muda bergelar Dewangga Sakti. Datangla bonda tercinta kita bertemu di sana ya. Terlalu banyak perkara anakanda ingin bincangkan. Cadangnya ingin tubuhkan kumpulan lagu puisi dan lagu Melayu Asli di Gombak.

SITI ZAINON ISMAIL said...

Alahamdulillah anakanda berkuliah di negara gombak. tanah air kesayanganku. dulu, awal tahun 1994 bonda buat pondok kecil di bukit menghadap UIA. tapi gara-gara highland tower tumbang, bonda hentikan projek pondok itu , tinggal pasang bumbung saja....sekarang didiami entah siapa, mungkin monyet atau halimunan...

ya kalau bonda di KL insyaAllah bonda datang.

Riesna Zasly said...

Salam bonda...
teringat masakan utara kerana rena dibesarkan di utara juga dengan pengasuh yang masakan tradisinya agak kuat juga...

teringat keladi asam rebus... singgang ikan utara yang sering disuap eyang pengasuh ketika tubuh tak sihat waktu kecil.. ikan masak taucu melayu...dan ikan darat masak tempoyak... berkuah jernih tampa santan...

masak lemak rawa juga kesukaan di waktu kecil... tak sama dengan lemak minang, bumbu yang tak banyak bahannya dan diletak asam jawa...

satu tradisi, mereka memasak dengsn kebiasaan membuat rasa dengan garam bersama ditambah sedikit gula... pelik ya...

SITI ZAINON ISMAIL said...

wah reena benar-benar puteri Melayu. Keluar air liur terkenangkan lauk keladi masak asam. hei bila bonda boleh merasa masakan puteri bonda yang manja ini? masih adakah eyang reena itu?

D'Rimba said...

Bonda, ramainya kenalan penulis anakanda dapat pelbagai kaum melalui blog dan juga perhimpunan penulis lepas. Baru tadi dihubungi penulis bukan Melayu di Pahang anak didik arwah Othman Kelantan dan Prof Dr. Lim Swee Tin. Bahagia cukup terasa menjadikan anakanda juga ingin berkarya dengan indah bermakna seperti mereka dan bonda.