Monday, 8 June 2009

KEHIDUPAN PEJUANG BANGSA

Petikan dari Delima Ranting Senja:

Lapan tahun. Lapan tahun
itulah dunia sunyi senyap
angin pun tidak tersimbah ke kamar gelap
yang muncul mata curiga
senyum yang tertusuk
dan siapakah di luar sana
yang dapat mendengar keluh kami
suara yang tertahan
untuk siapa kami bicara?
(lih. hal 187)
* * *

AKU ke gunung, ya benar, tapi apakah yang ke gunung itu harus menyatu dengan penentang. Kumpulan NGO kami hanya menghantar misi, menghantar ubat untuk masyakarat kampung, mereka sudah trauma, takut dengan pendatang diawasi terus oleh penentang (ya pejuanglah di mana mereka), lalu aku kau katakan menyokong pemberontak....
HANATEPU, hanatepu, saya tidak tahu, saya tidak tahu...Begitulah ungkapan orang kampung apabila pengawas datang dari pusat kota bertanyakan orang yang dicurigai...dan kau terheret di situ? (lih. hal 298-299)

5 comments:

D'Rimba said...

Pahlawan tanah merdekaaaaaaaaaaaaaaaa........Terpaksa kuseru namamu kerana tanah ini makin menjauh kepada budaya bangsanya......

Kamariah Kamarudin said...

salam bonda
lama sungguh tidak bertemu. didoakan bonda dalam rahmat kasih sayang Allah SWT jua. mudah-mudahan ada pertemuan kita nanti!

SITI ZAINON ISMAIL said...

Kay, rindu dengan cucu comelku bila lah dapat jumpa ya....jua bonda mendoakanmu sejahtera sekeluarga.

Di Rimba, merdeka itu di jiwamu....setialah menjaga roh kemerdekaan tanah air kita

Nisah Haji Haron said...

Salam Dr. Siti,
Delima Ranting Senja sudah berada di www.ujanailmu.com.my. Boleh diuar-uarkan pada sahabat dan peminat yang mahu memiliki buku ini. Boleh dapatkan secara online.

Juga sudah saya jadi satu entri ringkas di blog saya.

SITI ZAINON ISMAIL said...

terimakasih Nisah kerjamu macam angin melibas malam. tajam tapi nikmat tahniah orang muda....tak tahu letih juga dengan penerbit tu,seperti jalan semut tapi semua harus protokol... belum ada promosi juga nampaknya Nisah yang buat dulu. amin teruskan juang ilmu mu wahai anakandaku ...