Sunday 7 June 2009

JUAL BUKU - DERMA KE RUMAH ANAK YATIM?

PEMANDANGAN di depan pintu masuk untuk ke pejabat kerajaan dan swasta. Gadis kecil ini harus berpanas mengejar pelanggan - suaranya merayu..." Encik/ Cik beli buku, derma ke rumah anak yatim..." Bagaimana kalau yang dikejarnya ialah YB Datok atau YB Datin
yang keluar terburu dari bangunan dan menuju ke kereta rasmi yang sudah menunggu. Ku kira memang selalu mereka terpempan dengan gadis ekcil ini (mungkin kumpulan yang lain). Teguran kepada Pengarah Penerbitan yang mencetak dan menjual buku-buku agama, memancing pembeli atau penderma yang murah hati. Sekali terdengar dialog begini,
" Derma ikhlas hati saja --untuk tabung..."
" oke ini RM 5.00 derma ikhlas saya...."
" ehh harga buku ini RM 10.00"
Ha apa komen anda, kalau yang bersuara itu memang anda sendiri
(saya nak jual buku puisi, lambak di depan bangunan tu...pasti dihalau pengawal)

6 comments:

D'Rimba said...

Kasihanilah mereka bantulah seadanya setulus jiwa itu saja anakanda boleh ungkapkan wahai bonda tercinta. Anakanda seringkali terusik jiwa melihat orang-orang berumur menjual kerepek berjalan kedai-ke kedai terus anakanda beli.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Salam Bonda Siti,

Saya cukup tidak gemar melihat senario anak-anak seperti ini yang sepatutnya sibuk mencari ilmu di sekolah disuruh oleh mudir-mudir "sekolah tahfiz" untuk menjaja "tiger bam" atau "buku" atas alasan ia sebagai satu latihan amali mata pelajaran "Keusahawanan".

Kalau saya terjumpa "mudir-mudir" ini, harus saya tumbuk muka mereka!

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Oh ya, bercakap tentang membantu rumah anak yatim ini, kami di Islamic Relief sedang usahakan jana dana untuk beli buku dan tubuhkan perpustakaan di rumah-rumah anak yatim.

Kami hanya sediakan buku-buku baru (beli terus daripada penerbit) dan yang sesuai untuk bacaan anak-anak yatim.Buku-buku terpakai yang didermakan kami tidak berikan kepada rumah-rumah anak yatim.Apa yang kami buat ialah jual balik buku-buku itu semasa jualan amal dan dana yang terjana itu digunakan untuk beli buku-buku baru.

Saya kira itu adalah satu solusi kepada masalah rumah-rumah anak yatim yang tidak upaya untuk tubuhkan perpustakaan.

Dua minggu lepas, kami sudah berjaya selesaikan projek perpustakaan di Rumah Amal Limpahan Kasih,Puchong. Dapat dana daripada Yayasan Joseph William Yee Eu.

Hujung bulan ini kami akan ke Sg Itek, Gopeng untuk tubuhkan perpustakaan di Rumah Anak Yatim Darul Hikmah.Dana sudah cukup untuk beli buku,rak buku serta meja - hasil sumbangan orang ramai.

Sekarang sedah kumpul dana untuk tubuhkan perpustakaan di Rumah Bait Al-Amin di Parit.

Riesna Zasly said...

suasana menderma sambil menjual ini berlaku di seluruh malaysia.. terkini, pelajar dari sekolah tahfiz menjual bam dan buku agama... tak tahu under siapa dan kelolaan siapa...

bagaimana ya kalau ditawar pada para pelancung, pasti mereka berkata kerajaan tak membantu dan masyarakat miskin dana... mesti malu kan...

percayakah bonda...

di turki dan paris, mereka menjual buku puisi di jalanan.. mereka menyanyikan lagu puisi dari buku itu, ada yang terpikat, terus langsung membeli...

malaysia belum ada..
kosmetik murah sudah ada dijual dijalanan.. bukan kosmetik anakda ya hehehe..
puisi bila lagi?

SITI ZAINON ISMAIL said...

ya anakanda semua, kini giliran orang muda lakukan sesuatu. tahniah kepada drbubles, kerja amal anda menarik, adreen jual buku puisi di jalan dah kami lakukan dengan sani sudi, wak khalid di tiang lampu pasar budaya (tahun 1980an) kadang-kadang di halau dbkl, konon kami menyebuk di jalan. dah beberapa kali cadang dengan pengajar ASWARA, keluarlah dari wilayah kampus, tiuplah trompet, gesek biola di tangga tren dan lrt stesyen menghibur dengan gaya seniman berilmu...lambat sangat mereka respons, semua nak atur yang serba mewah....lalu mereka yang tak tahu hala merabalah atau mengguna kesempatan pelajat tafiz....aduh, bangsaku...(pernah saya lampak buku puisi di Victoria Market, NSW...saya tinggalan sebentar untuk beli icecreem eh bila sampai keambakan buku puisi sudah ada wang di atas buku-buku. mereka ambil dan tinggalkan wang di situ...Di Southbank london, saya melungu buka topi di sisi kawan baru yang sedang main biola...eh mereka tabur penny dalam topi saya...)

SITI ZAINON ISMAIL said...

Wah drbubles tahniah, kalaugitu boleh sokong projek saya untuk hidupkan suasana pustaka di kag tanjung karang. terdekat akhir julai saya ke Biruen Aceh Utara untuk luncur buku terbaru...di maligoe bupati...disamping untuk meninjau pustaka kampus Almuslim, boleh cadangkan saya dapatkan buku2 (selain buku-buku saya ) sumbangan untuk beli buku2 untuk di bawa ke sana?