JANJI BULAN MADU memang muluk-muluk.....ada berjanji sepatu kulit rusa, sebuyung butir mutiara Laut Kalimantan...tapi di zaman logam dan loyang baru diketemui di wilayah Dongson sana, inilah rekaan manusia Malayo - folk arts yang muncul di kalangan orang laut, di pinggir pantai Segenting Kera mengalir bersisa hingga ke Sungai Tengkorak.. Eh kebetulan pelukis Siti sedang mengutip sisa loyang, tin minuman yang terapung di permukaan rawa-rawa..
Ya Syakirin inilah hasil sisa buangan yang telah dibaik hias akan kita lontarkan bersama kepada Orang Besar Gombak dengan 9 Ketua Penghulu ...Yang Amat Dihormati OBG Dato' Paduka Raja Dato' Hj Wan Mahmood Pak Wan Teh sudah mencadangkan projek membersih sungai Kamsah (?) di celah Taman Binatang Ulu Kelang. Berapa ramai mahasiswai UIA akan terlibat (sebaiknya selepas Hari Raya - bolehlah kita makan besar di perkarangan rumah OBG di Taman Melawati)
Ide Siri Janji Bulan Madu ini sudah dirisik olehpelajar IKN (dengan syarat mengekalkan hakcipta SZI) untuk peragaan fesyen batik bulan Oktober nanti. Apa pendapat Datin Rohati , Dato' Sharifah Aini, dengan hiasan subang Dongson ini menggantikan segala mutiara yang besar-besar di pergelangan tangan dan rantai para sahabat kita Cik Rosmah di Putrajaya sana?
@Siti Zainon Ismail
Gombak 19 Jun 2009
3 comments:
Anakandapun mahulah sertainya bondaku. Malam ini anakanda amat bahagia sekali setelah dapat hadir ke HSKU di Istana Budaya. Pak Samad ada baca puisinya bertajuk PELUDAH BAHASA..Tuiii....macam muka anakanda pula diludah-ludah. Malam ini jemputannya amat terhormat sekali Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir dan isteri...Rugi bonda tidak menyaksikan....
Ya tahniah, pasti menang HSKU. Bonda tenang sendiri dengan Jingga saja dulu....ya, Pak Samad memang mewakili kita yang luka dengan isu BAHASA Ibunda. Teruskan perjuangan ya
Ya tahniah, pasti menang HSKU. Bonda tenang sendiri dengan Jingga saja dulu....ya, Pak Samad memang mewakili kita yang luka dengan isu BAHASA Ibunda. Teruskan perjuangan ya
Post a Comment