Sunday 25 January 2009

TEPIAN MAHAKAM, 0G0S 2007

" Di tepian Mahakam kuhirup desau camar
hanya malam yang benar-benar
memahami dingin "
( Irianto Ibrahim, Buton
Samarinda, 03 Ogos 07)
LEBIH setahun hubungan kami terputus begitu saja. Beberapa SMS Komang muncul dari kampus UNJ dan Hudan dari Negara Banjar. Kemudian semua berlalu walau masih ku kutip beberapa puisi Irianto dari Kendari lewat Puisi Nusantara. Walaupun di DBP masih bersapa dengan Fullizam, yang hanya melempar senyum jauh, entah kemana pula Nizam di Bandar Bera atau Bukhari di Perlis menyepi. Memang terasa putus hubungan. Cadangan membentuk sesawang MASTERA 2007 gagal, namun di hati kecil masih mengingati wajah gebu Komang Ira Puspaningih, sayu kelabu Jefta putera si Kupang dan garau suara Irianto dari Kendari. Sopan nakal putera Brunei juga menyerlah.
Sepanjang cuti panjang ini telah 4 hari saya membeku di rumah Mak di Gombak. Menyusun dan mengatur koleksi lam. Tidak sanggup meriuh dengan dung-dung-ce suara gendang singa di luar sana. Melor juga sudah 3 hari di Kedah, bertugas mengambil gambar pengantin. Cik Abang sudah dengan kumpulan dagangnya. Saya memilih untuk sendiri, menyiapkan kerja Yayasan Adat Warisan Selangor. Tapi kerana nasib malang, setelah Notebook dirampas pencuri mabuk, semua data terkumpul lenyap. Hanya dengan komputer riba Melor menjadi sahabat dan aku mencari jejak anak-anak Mantan Mastera. Kutatap semua puisi dan cerpen Huda, cerita nakal Ira si Kupukupu manis dan desau puisi Irianto dalam blogspot masing-masing. Walau kalian jauh, hati seorang Bonda terhibur menghirup karya kreatif anda buat mengisi detik-detik usia senjaku ini. Salam manis untuk semua anakanda mantan MASTERA 2007 semua.
26 Januari 2009

8 comments:

bahazain said...

SALAM SITI
Yang ramai-ramai ada pada kita hanya bakat mencipta, untuk berkongsi pengalaman imaginasi- kreatif dengan orang lain.Mungkin yg getir,ceria,menghiris atau sekadar nostalgia. Itulah yg dapat kita agih-agihkan dengan penuh kerelaan. Kata Paulo Coelho: setiap insan patut menguasai dua bahasa: satu untuk berkomunikasi dengan orang lain ,dan yg satu lagi untuk memahami pesanan Tuhan.

Anonymous said...

Ya Bung Baha, akhirnya kita tahu dan harus menerima undangan Abadi dari Nya...semua kita ke situ. Puisi hanya sahabat buat kita mengisi detik kehidupan, berkongsi dengna keyakinan...masih ada sahabat untuk ketawa dan kita sediri menikmati luka hati...amin

zubin said...

kemana hilangnya manik-manik lar yang dikait tempohari!

SITI ZAINON ISMAIL said...

Hi zubin, ade, anak dewa yang hilang, kemana selalu bwa dalam beg kalau ke RA, tapi kita tak jumpa. saya dah tinggal di ulu buana heeh...esok di mana? saya di muzium selangor....

daydeck86 said...

salam bunda
RA GALERIE tu di mana ya bunda
saya mahu pergi melihat pameran ibu Kartika Affandi disana

SITI ZAINON ISMAIL said...

ya, deck, RA Galary, Jalan Aman off Jalan Ampang, belakang Crown Princess Hotel....

Lumut Pagi said...

Salam Bunda...

Melihat wajah Bunda saat melintas di laluan pusat(PBKKM) membikin hati tersenyum ceria. Tapi Bunda, lewat hari-hari ini, hatiku sarat gundah, menggungung duka...

Andai Bunda ada di sini..:(

SITI ZAINON ISMAIL said...

Ya demikianlah adanya. kadang ingin menjadi gunung, tegah diam tapi gunung juga dihancurkan, ingin menjadi lembah, air mengalir ke sungai,. tapi sungai juga menjadi kotor dan tohor, lalu mahu jadi apa seteruynya ya....