Friday, 23 January 2009

TOKOH PENDORONG SENIKU



OKTOBER 1969 Kujabat tangan KARTIKA di Jalan Cilacap Jakarta dan seterusnya menjadi ibuku ketika 4 tahun belajar di Jogja dan mendiami studio di Sanggar Karangwuni dan Muzium Affandi di Jalan Solo.
FEBRUARI 1972, aku pulang bercuti dan APS (Angkatan Pelukis Semenanjung) yang diterajui Datuk Husin Enas, Idris Salam, Syed Ahmad Jamal, Cikgu Samsudin telah mengusahakan pameranku di British Council. Seorang lelaki tampan segak, senyum ramah menghulurkan tangan. Beliaulah ketika itu sebagai SENATOR KAMARUL ARIFIN merasmikan pameran soloku. Selepas itu mereka berdualah (selain Cikgu Idris Salam) , menjadi perangsang untuk aku lebih gigih merealisasikan 'ucapan' mereka. Seperti ungkapan Senator Kamarul (sekarang Tan Seri) lebih kurang > " warna Siti yang garang cerah, memperlihat keberanian dan kerja keras seorang gadis dengah harapan, dia nanti akan nmenjadi pelukis tanah air" (lih Dewan Sastera Mac 1972)

No comments: