Wednesday, 21 January 2009

MENJEJAKI SEJARAH SELANGOR 2009


1.
SETELAH saling bertindih dengan perjalanan jauh lebih 30 tahun lalu , kini tahun 2009 kami mulakan dengan kerja menggali sejarah tanah air. Kawan-kawan muda saling bersaing untuk mendapatkan undangan dan tiket perjalanan jauh itu terutama di kalangan pelukis dan penyair. Tahniah, ada yang dibawa melukis ke kota London (Okt 2008) dengar tahun depan acara jual Malaysia akan diadakan di US. Neem nampaknya sudah ke Mymar pula, di R A Kartika Affandi diundang berpameran . Saya agak ketinggalan dengan program itu kerana sudah terhantar ke Kuala Langat dan Kuala Selangor. Lim Swee Tin dan Lina UA mengajak ke acara baca puisi Gaza di UPM, Zaiton Aj merengek agar saya ikut program dengan semangat yang sama, sehinga ada yang tertanya " eeh, jalan undur ke? bila saya terpaksa membatalkan undangan seminar tekstil di Manila. Walaupun hati tergalau marah dengan isu serangan ke atas Gaza, hingga terlonta geram, namun bila melihat sisa sejarah warisan moyang Melayuku juga tersayat di tanah air sendiri...ya saya harus melangkah mengisi kerja mengesani dengan program tanah air, sebuah negeri terkaya di Malaya ini, Selangor tapi amat miskin dengan warisan adat dan sejarahanya. Apakah Yayasan Adat dan Warisan Sejarah Selangor ini relevani sebagai wadah keinsafan agar budaya warisan Melayu masih tidak berulang terpinggir lagi.

Kuala Langat, Kuala Selangor antara dua dari sembilan daerah kami susuri. Dari puncak bukit rumah api, terbentang luas muara atau kuala - sungai mengalir tenang, air tengah pasang. Walau terasa sunyi dan terasing kini, tapi bukankah di sini dulu hilir mudik bahtera, perahu pembesar , Laksmana, Penggawa dan Ketua Penghulu menjaga keamanan negeri. Selangor yang telah disenaraikan sebagai tempat laluan budaya pra sejarah terutama dengan penemuan serpihan gendang dongson di Sungai Lang, mungkinkah di sini laluan untuk masuk ke daerah Langat sekarang. Tapi sayang tapak itu ditinggal sepi setelah serpih gangsa yang ditemui pada tahun 1960an sudah dibawa ke muzium, tanpa meninggalkan sebarang papan tanda di tempat pertemuan. Apakah tidak terlambat tugas kumpulan kami ini yang diarahkan untuk menaik taraf mengesan tapak agar Selangor mempunyai identiti sejarah awal sebelum munculnya kedatangan pengembara lain yang meneroka daerah ini. Muara sungai Langat masih tenang hingga ke senja ketika kami mendaki bukit berdiri di celah menara rumah api. Namun hati saya berdenyut bila Akmal penolong kurator musim 'Rumah Pasong' di pinggir sungai menyampaikan khabar, ' tapak istana kayu Sultan Abdul Samad' sudah tenggelam dalam ladang buah naga'

5 comments:

Sarah said...

duhai, sejarah negeri sendiri masih belum saya telusuri semua rupanya.
sudah lama tak ke situ, ke Bukit Melawati. dan dalam membelek-belek artikel sejarah yang saya kumpul tak sengaja, terjumpa sebaris nama, 'Upu Cendera Burung'. Mungkin Bonda punya cerita lain, barangkali?

SITI ZAINON ISMAIL said...

oooh anak selangor ya. ok Sarah kita ada kerja serius. mungkin sarah boleh kumpulkan cerita lisan selangor, yayasan adat warisan sejarah selangor akan menyusun data, untuk menampilkan kembali warisan melayu selangor yang hilang atau terpinggir oleh kelalaian anak negeri. Sarah dari kampung - mukim - daerah mana di selangor ?

Sarah said...

salam bonda siti, saya anak selangor yang tinggal di kuala selangor, waktu kecilnya di sungai sireh, tanjung karang [pasti bonda tahu tempatnya, kan :)]

Dahalan Fazil said...

Selangor dari Perkataan Selang Ur
Selang adalah Selat Ur adalah Negara/Negeri/Bandar...

Ur bandar di Babylon...
Orang Selat Pembantu kuat mengasaskan kerajaan Seri Wijaya dan Empayar Melaka...

Orang Selat Melayu Deutero...Percampuran Melayu Proto....

DNA Melayu 25% dari Timur Tengah...

Melayu dari Keturunan Keturah isteri ke 3 Nabi Ibrahim....mengembara ke Timur... dari Ur mungkin...


Bangsa Melayu itu dari Percampuran Darah Yunan,Arab,Parsi,India,Cina....

Kedah-Kalah Bar,Qalah dari Parsi
Pasai Aceh- Pasei Parsi
Siak dibuka oleh orang Parsi
Melaka-Malaka Malakat Arabnya ertinya pertemuan -berdagang
Johor asalnya Jauhar-Jauhari

Anonymous said...

SALAM BONDA SITI_
SAYA cikgu norsiah yang juga teruja dengan sejarah selangor.
Kami adalah dari kelumpok keturunan jawa Timur yang datang berhijrah dari tahun 1900 lagi . dan saya mempunyai dokumen yang boleh di kongsi dalam sejarah bangunkan negeri selangor. hubungi saya di cikgunorj@yahoo.com.my