Friday, 9 January 2009

BAHAN KITAR SEMULA

" Si Jelita berkaca ", akrilik atas kuali bertangkai,2009
Apa pun wajahmu,
lekuk bibirmu
selalu ku bawa rindu ibu
" Sungai pecah di Bukit Antarabangsa " , akrilik atas tin, 25 Dis 2008
Tin biskut, bekas mangkuk yogart, mengganti kanvas untuk dilukis

SELEPAS PENAT MELIHAT BUNGKUSAN PLASTIK dengan botol minuman tin kosong, botol vitamin yang tersadai di pagar menunggu pemungut sampah, lalu diam-diam baik kita tidak merungut marah. Plastik yang berisi surat kabar lama, botol pastik, piring kaca pecah dan tin-tin harus ku hantar ke pusat pelupus barang lama. Setelah bertahun-tahun merunguti lori sampah kerap datang tidak menepati janji, tahun 2009, aku buat keputusan sendiri. Semua tin biskut, tin susu, malah periuk, kuali yang sudah berkarat kini sudah berwajah baru. Nah Neem Si guru besar, muridmu ini melukis ke atas tin, botol, kepingan logam, s e l a m a t, halaman rumahku tidak berlambak lagi dengan sisa-sisa barang bekas. Eh ini gaya Pop art bukan? eeh Folk Art le dengan gaya Optical Art. Apa kawan kolektor kita tu, Bung Pakhar dan Mem Timah sudi mengumpulnya Hahahha.

Eeh Isye, Neem nasi bungkus Jepun nya sedap kan. Tak ajak makan yee!
10 Januari 2009

3 comments:

guru besar haneem kaydeen said...

tabik lah pada kak siti. ni boleh jadi aktivis alam semulajadi lah..mengestetikkan bahan2 recycle. buatlah bengkel minta support jabatan alam sekitar ke..nanti boleh le jamu sushi :)

MARSLI N.O said...

Kak Siti: Tahniah dan salut kerana api kretif yang tetap selalu membara dan saya pula sekadar membarakan marah dengan kata-kata. Terima kasih juga krana sesekali sudi melawat.

SITI ZAINON ISMAIL said...

Ya program menarik. yok buat acara malam merdeka di Yayasan Perak nanti, dengan menu sushi....kita berkhemah, jimat kos nanti kak datang dengan keretapi-komuter dari Rawang ejeeh - semoga ada umur darinya Nya.

Dah letih marah-marah Marsli (saya selalu kena marah juga, sabaar. Apa program di Kuantan? Ingin naik keretapi saja turun di Kuala Lipis....kutip sampah di sana dan buat sajak atas daun dan ranting, dengan kumpulan pelukis Pahang dan anak-anak Orang Asli ...gimana? ranting....