SATU satu pergi
pergi tidak kembali
hanya nama tercatat
dalam persinggahan
kesementaraan
fana taman terpilih
jalan Hak
antara timbang terima
kelahiran
lalu ajal dan maut
jemputan tiba
sedu sedan
mengkabarkan perpisahan
senyum yang tahu erti kepulangan
di hari penentuan
dalam hujan
tubuh tidak menggigil
sejak nadi ikan menggelepar
sejak maut menghampar
pergilah dahulu
untuk saksi
sebuah nyawa
dan terputusnya dunia
Allahuakbar!
* Al Fateha buat Allayarham Makcik Sawi,
berangkatlah dulu (21 Ogos 2009), menjelang Ramadhan 1430 H
2 comments:
Al-Fatihah,semoga ditempatkan arwah di kalangan orang yang telah dikurniakan nikmat dari Allah.
amin.amin
Post a Comment