Wednesday, 19 August 2009

SEMANGKOK CENDOL SEPIRING ROJAK

Mangkok asal dari dinasti Meng dipakai oleh Mamak dengan cendolnya.

ANEH di rasa, kenapa rojak dan cendol mamak mempunyai keistimewaan tersendiri.

Apakah ini kenangan masa lalu, kerana sejak kutahu berjalan dan berlari, memang rojak dan cendol mamak ini begitu disenangi warga kampung kami. Mamak rojak datang berjaja ke rumah...sedang mamak cendol biasanya memilih pohon rendang tidak jauh dari pakar luar sekolah. Di situ juga sudah menunggu mamak rojak dengan kotak pengandarnya. Juga bangku-bangku kecil untuk pelanggan. Di situ juga mamak akan meletakkan bahan-bahan jualannya, periuk berisi cendol, cairan gula merah, santan....pulang dari sekolah kami berduyun mengelilingi mamak cendol....memang wang belanja disisakan untuk beli cendol - hingga tahun 60han semangkok cendol hanya 10-20 sen. Rojak dengan bahan tauge, tahu, kueh bertepung keras (sampai sekarang tak tahu namanya , aneh tidak bertanya juga), sengkuang, dengan kuah kacang - hanya 30 sen. Kalau tambah sotong atau telur 50 sen.


Kemudian waktu beredar, mamak rojak dan cendol mula mengayuh basikal dan akan nampak mereka akan memilih tempat yang istimewa, di simpang empat....mudah dilihat orang lalu lalang. Menarikanya mereka begitu setia bersahabat antara mamak cendol dan mamak rojak....


Sekarang mereka lebih pintar, lebih selesa dengan lori atau van terbuka, juga memilih tempat yang tebuka.....(ada lesen ke)....dan pelanggan semacam ketageh, keluar dari pejabat, singgah di tepi jalan yang sudah dikerumuni pelanggan di meja dan kerusi yang siap setia melayan pelanggan yang ketagih cendol....tapi hati-hati kerap juga kita dimain sipenjual cendol , isi cendol tidak seberapa....penuh dengan santan cair...ahahahh... dan rojak pula kehilangan tauge, anehnya pelanggan tidak pula merungut...kenapa ya....


(Begitulah empat orang sahabat sambil ketawa santai menghirup cendol dan mengunyah rojak di simpang Bandar Baru Bangi...Terima kasih Lela, Silfi, Suzi dan Venny yang meriuh di meja rojak....eh bukan lagi dilayan oleh mamak ...peniaganya perempuan Melayu....tak tahulah kalau dia pekerja dan mamaknya menyembunyi diri...eeeeeh.)
*****
Bukit Kancing
19 Ogos 2009

5 comments:

Nazhatulshima Nolan said...

Gambaran Bonda Siti membuat saya ingin turutserta menikmati semangkok cendol sepiring rojak.

P/S:Ingin sekali bertemu kembali.

SITI ZAINON ISMAIL said...

ya bila bertemu? jumpa di warong mamak cendol hahahah.

SITI ZAINON ISMAIL said...

ya bila bertemu? jumpa di warong mamak cendol hahahah.

SITI ZAINON ISMAIL said...

ya bila bertemu? jumpa di warong mamak cendol hahahah.

mamomus said...

bonda.

pengalaman yang indah sekali...minum cendol dan rojok di tepi jalan di payung dedahan rendang..diwaktu petang sambil bercerita kisah silam