Tuesday, 25 August 2009

Coliseum di Kuala Lumpur

Cafe ini sudah wujud sejak zaman penjajah...menu umumnya gaya Barat dan China. Bangunannya bersebelahan dengan panggung Colicseum di Jalan Tunku Abdul Rahman. Hingga kini masih disenangi golongan elit terutama dengan menu chopstick. Semua tukang masak, chef bangsa Cina....hingga kini masih belum dapat sijil Halal...bulan Ramadhan ini masih adakah orang Muslim ke situ, sedang ruang bar di sebelahnya terus beroperasi dengan aneka botol minumab. Maaf Dean, kami sekeluarga menolak undangan berbuka puasa di situ...
***
Ramadhan 4, 1430
Isnin petang,25 Ogos 2009

3 comments:

SITI ZAINON ISMAIL said...

Haji Jones, tidak di Coliseum cafe kan....hahahah selamat beribadah di bulan indah. Salam kesyukuran buat keluarga dan sahabat pelukis termasuk yang di Pahang...Amin

Mawar said...

Bunda
saya ingat masa kecil makan nasi ayam cina yang abah bungkus berhampiran pawagam Rex dekat Tekka dan KK di Singapura. saya "bedal" saja ais kacang nyonya di pasar Whampoa rumah nenek.

SITI ZAINON ISMAIL said...

Uuuuhhh, mahu ketawa bonda kerana buat hal yang sama...beli ais cincau atau air soya (Nenek pesan , haram makan barang buatan Cina). Tapi Nenek tidak tahu, sebab bonda beli dan minum sepulang dari sekolah di depan stesyen bas Malacca Street, sekarang CIMB, dan stesen Masjid Jame'...tapi sekarang cincau (agar-agar rumput hitam ) ini dah jadi makanan orang Melayu juga...