digunakan untuk bangsawan lelaki. Asal Siam( kol SZI 1989 , per.Bankok)
Kotak untuk perhisaan lelaki Parsi, kol.SZI,1985,
Untuk apakah kotak-kotak kecil ini dihasilkan oleh pandai seni? Semakin kecil ukuran semakin tinggi pula nilainya. Mula-mula ketika mengumpul kotak-kotak kecil saya hanya berpendapat harganya murah, senang dibawa pulang dan tidak memerlukan ruang untuk menyimpannya. Pandangan ini ternyata salah. The miniature Arts memang mempunyai nilai yang khas. Pertama ia dihasilkan dengan penuh kasih sayang, harus berhati-hati, melukis, mewarma, mengukir apa lagi kalau ditatah dengan mutiara, kulit mutiara, keping gading, perada atau air emas...Ini baru saya sedari ketika memasuki ruang pameran di ruang khas koleksi barang purba Parsi di muzium panas St Petersburg (2003). Fungsinya juga memberi nilai khas, ada hiasan yang menentukan pemiliknya lelaki, perempuan, raja, permasuri, dayang-dayang atau gundik kesayangan. Tentu saja untuk mengisi barang-barang berharga: tanda mata, cincin perkahwinan, surat-surat perjanjian, warisan rahsia lainnya. Kerana ia dapat disorok dalam bekas yang lebih besar, atau mudah disimpan dalam gelungan rambut, dalam ikat kepala, dalam pintalan tali pinggang kala perang atau melarikan diri dari istana yang ditawan musuh.
Pelajaran ini belum selesai, saya harus menyelongkar lagi buku seni miniatur yang banyak dihasilkan di Arab-Parsi, , China, India termasuk di kepulauan Nusantara....
-
-
Bukit Kancing
19 Ogos 2009
No comments:
Post a Comment