Tuesday, 6 April 2010

Antara pendidikan seni dan seni bersantai

Persembahan pelajar ijazah Universiti Malaya
di ASWARA, 3 April 2010.
Penonton hanya golongan kerabat pelajar,
Mana penonton bukan Melayu sedangkan
teaternya memang berlatar negeri jauh sana?
KUALA LUMPUR bagai sudah mencapai matlamat mengembang seni untuk hiburan dan pelancongan. Di mana-mana saja sudah diadakan halaman, ruang, lobi persembahan seni. Dari bersifat rakyat hinggalah acara hiburan untuk para elitis. Nilainya tetap hiburan


Penari Istana Budaya sedang membuat latihan
sebelum acara persembahan selepas jam Maghrib
Setiap Sabtu malam Minggu , di sediakan pula halaman santai di laman Istana Budaya yang telah mengambil alih program pasar seni yang diaktifkan oleh kolompok pelukis sebelum ini. Halaman santai sesuai dengan namanya, memang untuk bersantai . Kalau tidak ada kumpulan undangan , maka penari IB sendiri akan menghibur tamu...Cuma tertanya juga, adakah pelajar seni membuat persembahan di sini? Sejauh manakah pendidikan seni dapat melahirkan para birokrasi yang bijaksana mengendali bidang seni budaya tanah air?
Tambah Fousan Santa yang turut bersantai di sini wah saya sudah seperti berada di kota musim bunga Italia!!!! Oh ya...di telinga saya masih tertangkap alunan kertung Orang Asli dan kempeling jawa dari kampung Delik Kelang....sudahkan mereka membuat persembahan di sini. Pelajar teater Pusat Pengajian Bahasa, Sastera dan Kebudayaan UKM sudahkah buat persembahan di sini, yang turut dihadhiri Dekan Dan Naib Canselor???
**********
06042010

4 comments:

umi_e said...

Salam kak Zai...

Selalu dengar pelajar PPBKKK khususnya kursus teater pergi ke Balai Budaya... tapi tak taulah mereka buat persembahan yang bagaimana...

Take care

~hugs~

E

SITI ZAINON ISMAIL said...

Harap jangan jadi penonton saja...kenapa tidak ujian amali buat di situ? haaa teringat pelajar MM 2444 di heret ke situ hingga Ketua Jabatan tertanya-tanya....ehhh, Ume_e jurusan sastera ke?

Mawar said...

Bonda Siti
itu kena tanya Nazri atau Dr Samad di program budaya.
saya mahu juga bawa mahasiswa penulisan kreatif saya ke IB, minta mereka tulis berdasarkan persembahan. bolehkah?


nota: Umi_e orang linguistik...:-)

SITI ZAINON ISMAIL said...

Ya Umi dan Mawar.....karyamu anakanda Mawar....sudah sarat dengan multidisplin seni dan sains...kenapa pula sastera dan seni lain di jarakkan...haaaa, ini yang bersuara orang dari jauh kampus lah...ni baru pulang dari kampus belantara, belajar bagaimana monyet belanda adalah saintis sejak zaman purba sampai sekarang, hanya memakan herba beracun bagi haiwan lain. Malah mereka tidak memakan manisan, kerana segala jenis buahan manis menjadi racun pula bagi mereka....dah tahu bagaimana suara rajanya merayu permaisuri di rimha heeee...mawar dan umi harus ke sana....atau tunggu cerita si Belanda sesat di sungai gurama hingga bertukar menjadi monyet belandaa...ini dongeng dari Husin Lok si jurumudi bot. Orang lain tak dengar dongeng Husin...suara si raja itu, ueuukkk,euuuukkk....lalu melompat jatuh dan berenang di sungai muncul dengan hujung hidung mendongak ke langit......lalu si perpaisuri menyahut,, syyyyyyet. bunyinya masih rahsia haaaa, jenaka
dari rimba sungaia Gurama.