Sunday, 22 March 2009

Bilik Mandi gaya lama?

Setelah peristiwa adik kelemasan di besen mandi, rumah kami jarang lagi membiarkan air bertakung dalam besen. Itulah peristiwa tahun 1954, adikku
Zainal Abidin bin Ismail (Allyarham) tergelunsur dalam besin berair suam kuku, Mak terlepas adik setelah menyabun badan adik . Itulah rahsia sehingga Mak kerap menangisi pemergian adik. Seingatku memang Mak jarang membeli besen dari bahan zink lagi. Tiba-tiba aku kembali mencari besen seperti itu sehinggalah terjumpa semula di kedai IKEA .
Jadi di bilik mandi di rumah lama Mak kutadah air bertakung terasa sejuk dingin dan harum dengan pelepah daun pandan. Batu-batu kerikil putih, batu - batu sungai terhimpun sejak lama, menghimpun segala rindu silam. Al fatiha buat Bonda, Abah, Ninda dan Adindaku . Amin

11 comments:

Hudan Nur said...

salam sejahtera bonda siti.
apa kabar disana? pengalaman masa lama hanya kelaluan di simpang waktu. hanya untu diingat.tak mampu terlupakan. salam hangat ananda.

KINAS said...

Al-Fatihah

Syamsulfaiz said...

Salam puan Siti. Sungguh saya katakan ini idea hiasan dalaman bilik mandi yang bernas dan bersifat alam kampung Melayu ! Minta izin saya ingin meniru gaya hiasan ini untuk bilik mandi di rumah baru saya kelak.

Sungguh tragis kemalangan itu. Saya doakan Al-Fatihah.

D'Rimba said...

salam semua seni rupa melayu

D'Rimba said...

Ayuh pejuang bahasa sekalian atur langkah berkesan. Kebanyakan barisan baru parti menyokong PPSMI. Anak bangsa menghampiri karam lautan

Anonymous said...

Salam sejahtera orang lama. Mandi cara lama pakai air tempayan. Sejuk sekali.

rahmatharounhashim.blogspot.com/

siti zainon ismail said...

1.Ya hudan, rasanya ada panggilan hp ke bonda minggu lalu ya. tapi tidak ada jaringan kerana bonda di laluan ke kampung. nanti kalau pulang ke kl, kita kontak ya.
2. Ya, terima kasih Jasa....
3. Ya masing-masing ada kenangan. saya dah bosan lihat milik mandi di hotel....jadi balik jadi orang kampung lee. silakan agar puteraputerimu kelak, tahu rupa telaga, timba ....
4. ya pengajaran bahasa, saya rindu bahasa melayu dan ilmu bersatu...
5.Di Rimba, bahasa itu dihati ibunda...teruskan perjuangan dengan bahasa melayu yang cantik budi. Insya Allah

SITI ZAINON ISMAIL said...

Dr Rahmat, di Langkawi, masih tersisa ke perigi Mahsuri?

SITI ZAINON ISMAIL said...

Dr Rahmat, di Langkawi, masih tersisa ke perigi Mahsuri?

RahmatHarounHashim said...

Sudah sedekad tak mengunjungi makam dan perigi Mahsuri. Pasti banyak khasiat. Sulfur untuk penyakit kulit.

Lagenda darah putih mungkin mempunyai asas biologis. Ketika Mahsuri dibunuh, dia masih menyusui. Bendalir putih yang keluar dari tubuhnya mungkin susu, bukan darah.

Rahmat.

SITI ZAINON ISMAIL said...

DR Rahmad, Wah saya kira inilah jawabannya....susu putih bukan darah putih. Mungkin ide yang baik buat anda menggarap novel baru?