Sunday, 15 March 2009

Saksi Perarakan Keranda 1967

Barang pecah belah lama tahun 1957-1967
Semangkok cendul yang menghilangkan
kehausan turut dihirup pejalan kaki perarakan
ke Parlimen... ketika pulang menunggu
bas di Melaka Street


KELAS melukis APS, Chikgu Idris Salam tidak hadir, konon harus berkumpul di DBP. Ada perarakan, tapi kami pelajar tidak dibenarkan ikut. Atondra juga datang ke rumah beberapa hari sebelum peristiwa itu, berbisik-bisik dengan Ayah Dei (allahyarham). Uncle Anas, Bung Dolah (Datuk Abdullah Hussin) , Pak Arena (Allahyarham) sudah berkumpul di kedai Pustaka Antara. Aku tidak berani mendekati mereka, hanya melewati kedai itu, setelah turun dari studio Naz Achnaz di Chow Kit Road menuju ke bangunan APS di Princess Road. Betul rasanya aku masih kelabu dengan isu bahawa ketika itu. Cuma sedar, kami diarahkan memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan yang baru dibuka pada tahun 1960 di Kampung Pandan dan Alam Shah. Antara pelajar di Sekolah Aminuddin Baki termasuk anak-anak Syed Nasir : Sharifah Husna, Syed Muhammad, dan seorang anak Menteri Kesihatan, Zaleha seorang puteri Dol Ramli...kami disuntik menyayangi bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negeri yang baru merdeka....Tapi selepas itu ada sajak stensilan Kassim Ahmad, terselit dicelah - celah buku di atas meja tulis ayah Dei....
Tiba-tiba Hari Sabtu 7 Mac 2009 setelah peristiwa 1967, ku tatap wajah Pak Samad, dengan baju Melayu samping mengendur di bawah pinggang, sayup, letih aku terkedu....perjuangan bahasa masih belum berakhir juga di tanah air bangsaku yang kononnya sudah merdeka.....

No comments: