Sunday 22 March 2009

4 Ekor Bayi Tam-tam



GARA-GARA kelahiran bayi-bayi inilah Tam-tam begitu riuh rendah melindungi, dari diganggu bapa kucing. Hingga Bucuk membawa diri, dan sejak dua hari lalu Tam-tam makin galak, mencakar Jingga. si kecil Jingga ketakutan lari keluar ruang dan tiba-tiba dapat memanjat dahan pokok jambu jambak, dan akhirnya menginau nyaring kerana takut turun. Tapi sayang ke 4 ekor bayi Tam-tam tidak menampakkan tampang putih belang si Bucuk. Rupa nya jejaka muda kami ini masih pemalu, hingga harus membawa diri, kerana merasa ada tangisan baru di kediamannya. Baru sebulan usia bayi Tam-tam sudah mula keluar dari ruang dapur, masuk ke ruang tengah, hari ini tidak tahu di mana pula Tam-tam menyembunyi bayi-bayi comelnya ini.

5 comments:

SATIRA + KACAU said...

Kak Siti: Saya datang dengan sengaja untuk membaca.

SITI ZAINON ISMAIL said...

Ya Satira, silakan, bolehlah saya heret jauh ke ladang, kandang yeee.

mapieceofart said...

saya terlalu suka kucing..! suka lihat si tam-tam ini... teringat arwah kucing saya yg sudah pergi setahun lalu menyahut seruan Ilahi ketika genap usia 12 tahun...

+ salam singgah... saya yg minta tandatangan masa majlis sepetang bersama sasterawan di uitm hari itu +

~0^_^0~

ojou said...

huhu..comei nya... huhu, sedih2 kucing ramai2 16 ekor sekarang tinggal 4 eko je.. huuhhuhu

myQza said...

comel anak tam tam.. apa namanya puan..?
tapi hitam dia tak sehitam ibunya...