NAMA yang kau susun
mungkin himpunan pulau, sungai, lubuk
antara jejeran gunung, bukit, menuruni lembah
kau seru angin
anginpun bergulung, menujah
menjelma naga sisik delima
geliga sakti jadi rebutan
kau renggang sayap garuda
pertempuran cinta
saksi jentayu luka
hingga tiba di tasik si pauh janggi
percik darah awan
membuih menjadi pasir mimpi
angin pun melerai
satu persatu
gugur di rumah kasihmu
(siri lukisan imbasan kenangan makyong KA dan warkah silat jawi, 26 okt 2008 > Soka Gakkai)
5 comments:
Salam Dr. Siti,
Saya sudah dapatkan "Kasih Bonda" dari kedai DBP semalam. Terus teruja dan tertarik dengan rupa persembahan buku itu - sangat bermaruah sifatnya! Sesuai untuk seorang penerima S.E.A Write Award. Semoga DBP terus terbit buku-buku yang baik begini.
Insya-Allah, kalau berkesempatan nanti, saya akan letakkan sebuah entri khusus tentang "Kasih Bonda".
Salam Ramadhan!
terima kasih nisah. ada sahabat kita di Jati Klasik Seremban, dia dah tanya bila kak nak datang ke showroomnya. cantik juga tempat tu, ayuh dengan ujana atau persatuan sastera NS kita buat pertemuan dan bicara dengan cik-cik kak dan guru yang dekat dengan kanak-kanak? gimana setuju? ruang dah ada, cuma cari penaja teh + kopi aje, hehe.selamat berpuasa berhari raya maaf zahir batin. amin
(SZI)
Salam Dr Siti,
Idea menarik! Mungkin harus tunggu selepas saya bersalin pada hujung Oktober nanti.
0oop,eh,eh ada pendatang baru? Wah tahniah, semoga terus produktif.Dan namanya nanti Syawalussalam/Swl Salamah!Semoga sejahtera untuk keluarga semua.Amin
0oop,eh,eh ada pendatang baru? Wah tahniah, semoga terus produktif.Dan namanya nanti Syawalussalam/Swl Salamah!Semoga sejahtera untuk keluarga semua.Amin
Post a Comment