Friday, 25 February 2011

Arca Logam Melayu

Keris 11 lok, menunjang tidak menerjang, merunduk tidak mengulai
Idea kepala pekaka keris berpindah menjadi acra
simbol budi Melayu - karya perupa menyahut
cabaran Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Salah satu cabaran Dasar Kebudaaan Kebangsaan (1971) ialah tidak pedulinya, masyarakat Malaysia kecuali keturunan Melayu. Akhir tahun 1970an kegairahan menaikkan citra dunia Melayu begitu ketara dilakukan oleh Seniman Seni Rupa: Syed Ahmad Jamal dengan Siri Ledang, Ismail Latif, Anuar Rashid, Fatimah Chik dan lain-lain. Dalam seni arca mula dikesani dengan karya Mad Anuar Ismail, Arifin Ismail , Tengku Sabri dan Raja Shahriman (ukiran kayu dan logam)
Dari sudut pendekatan Alam Melayu kita dapat mengesan keghairahan pencarian dua pengarca iaitu Mad Anuar dan Raja Shahriman. Mereka kembali mecari akar pribumi, citra asal muasal bangsa. Mereka meninggalkan dunia kota yang serabut, menyepi, merayau ke lembah ruh dan jiwa. Nurani bertempur dengan nafsu, dan akal, menelusi aqidah dan hidayah. Hasrat diri yang bergelora adalah ' nafsu - manusia berkeinginan menggapai hasrat egoisme dengan akal mencari untuk menemui hasrat' (Musmarwan,2002). Bagai Sang Sufi mencampak kemewahan, memilih takdir, luluh dan menyatu. Maka berkatalah Hamzah Fansuri dengan Ruba'i nya,
Hamzah miskin dan hina
Bermain dengan Rabbul Alam
Selamanya sangat dalam
Seperti mayat sudah tertanam.
maka berpencaklah pahlawan muda dengan gerak silat dan acungan keris, ' Nafas' Raja Shahriaman, Mad Anuar atau pekikan maut ' Bujang' Bayu Utomo. Bukankah mereka bersuara : ' bangun wahai anak muda, menyatukan roh dan cinta untuk keturunan asal bangsa...'
(petikan esei mutakhir)
25 feb.2011

Friday, 21 January 2011

Tukar menu anda


KENAPA marah, terkejut dengan harga minyak naik? Tapi selera makan terus saja berkembang. Inginkan berbagai cita rasa. Ayuh baliklah ke hidupan sederhana saja. Goreng tanpa minyak? Ooo, boleh sapu saja kuali dengan minyak. Tabur bahan makanan anda, tahu, peria, cili...tambah serbuk lada kasar, jangan lupa sayur dan buah untuk masakan anda biar berwarna, kerana setiap warna mempunyai gisi tersendiri.
Haaa, masih tidak berselera? Saya dah biasa lauk tahu tempe sejak di Jogja. InsyaAllah sehat dan jangan lupa susu kacang soya, buat sendiri juga. Amin .

BBB
21 Januari 2011

Thursday, 13 January 2011

Bilakah teks Susastera menjadi Permata Hati?

SEMPENA pertemuan dan dialog PAKSI (Perkumpulan Seniman Bertindak) dengan MIV (Malaysian Indian Voice) di Bandar Baru Bangi ( 13 januari 2010), amat sejas sekali, memang mereka tidak membaca teks Interlok dan mengaku mendapat sumber hanya melalui internet. Suara dan perbincangan memang dalam suara tenang, canda ketawa dan penuh juga tanda tanya. Ada 3 perkara yang mereka catat (temui) dalam teks karya Sasterawan Negara dengan 3 isu : 1) kesalahan pemahaman Tuhan Brahma dan golongan Brahmin 2) istilah kasta Pariya - konon semua sekapal yang datang dari India itu golongan kasta rendah 3) kenapa disebut bagai kandang kambing....saya hampir tertanya, nyata mereka tidak dapat membeza karya sastera @ novel sebagai tulisan kreatif, yang mengandungi unsur sejarah (peristiwa ketika itu), dan bukan teks sejarah. Mereka akur, tetapi masih bertegang mahu teks tersebut dikeluarkan sebagai bahan bacaan sekolah. Perbincangan belum selesai.

Dan akhirnya mereka mengakui , " pembakaran teks tersebut bukan kerja kumpulan kami tapi kerja orang politik dengan niat kedudukan pribadi ". Salah seorang kerabat MIV, juga mengakui, ' kami memang tidak kuat faham nilai sastera.' Saya jelaskan, sastera adalah ibarat permata hati untuk bacaaan anak bangsa. Semoga kita saling berlembut hati memandang tidak remeh dengan teks yang seharusnya dinilai dari sudut keindahan hidup bersama.


buat kawan-kawan MIV,

THE TIME when You created the earth and the sky-
The hills and the mountains
Spring and rivers that flow
The moon, star and the sun
The cause the trees to grow
The delicious and soft fruits
The screech of the insects and the healthy stock
But suddenly a spart
Like the bounce of a breaking crystal
The mountains boil over
Disgorging lava with a vengeance
Humanity's soul is disturbed
Emptied of love!
where are you directing your words
My friend?


Anjung Kasih Bonda
BBB, 14 Januari 2011

Sunday, 9 January 2011

Puteri Nila Pancadi


Bertahtalah Melayu di kota Singa Pura
zuriat diraja menyeri taman
putera pertama Raja Kecil Besar
adinda Raja Kecil Muda
terdengar berita di Bijaya Negara
Puteri Nila Pancadi baik dijadikan suri
merapatkan dua negara
tibalah iringan 500 dayang perwara
bingkisan bertukar tangan
sutera patola panjang sembilan
pontoh permata di hulu tangan
gelang keroncong kepala naga
meriah kota singa aneka persembahan
gendang Keling tandak Melayu menyatu
bersambut pesta putera kedua
Raja Kecil Muda menyatu dengan Raden Lasmi
cucunda memanda Demang
inilah zuriat yang tersurat
lahirlah Raja Muda.
" Negeri Singapura pun besarlah
termasyur kebesarannya pada segala Alam"
Siapakah kelak menduga
negeri ini dilupa asal cerita
yang awal meneroka kota singa?
(Dewan Sastera, Mei 2009,57)

Monday, 3 January 2011

Kerja Pemuziuman Seni

Model boneka > busana pengantin Melaka (SZI 2009)
Tenunan warisan sejarah melebihi usia 100 tahun ini di simpan
di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
UKM- perolehan tahun 1990an sebagai warisan karya agung,
sarung songket penuh , kain lepas kemban limar dan selendang limar .
Semoga lestari di kampus UKM

***

SEBUAH Muzium adalah rumah kehidupan yang harus selalu dihidupkan. Kerap terdengar mengatakan muzium hanya rumah menyimpan barang lama. Ada juga yang bersuara, begitu sukarnya mendapat dana untuk menghidupkan semua muzium-terutama muzium budaya, berbanding dengan muziun sains dan teknologi. Namun kini kesedaran menghargai muzium makin berkembang malah ada negeri yang menyarankan untuk menghidupkan 1000 muzium.

Berdasarkan pengalaman saya yang terlibat dengan kerja penyelidikan tekstil dan busana, bahagian ini yang sukar mendapat restu untuk merealisikan sebuah muzium atau galeri . Muzium Tekstil Negara melalui proses kerja hampir 10 tahun. Sebagai pengerusi penyelidikan, bersilih ganti bahagian atau departmen kerajaan yang menjadi penyalur kewangan. Kadang kerja ini di bawah Muzium Negara, kadang pula di bawah Pusat Kraftangan. Seramai 7 orang pakar bidang dilantik, kami kerap terkatung-katung juga, sehingga wang bayaran penyelidikan begitu sukar disalurkan kepada pengkaji.

Lebih menyedihkan hasil penyelidikan untuk penubuhan muzium itu hanya menjadi data pameran, dilekat di ruang dalam pameran, atau menjadi gambar /slide...katelog lengkap dan sempurna menjadi buku belum juga muncul. Penyelidik harus mencari dana lain untuk dijelmakan sebagai buku. Kalau adapun penerbit tetapi memakan waktu yang panjang ( 3-5 tahun).

Sungguhpun begitu kita wajar bersyukur, beberapa badan lain turut memperdulikan warisan tenunan dan songket. umpamnya Muzium Diraja Pahang telah menghidupkan semangat Tenunan Diraja Pahang dan buku berkenaan telah diterbitkan oleh PPKM. Yayasanan Warisan Johor telah memberi dana penyedilikan dan menerbitkan buku Busaya Melayu-Johor (1995-1996). UKM telah menerbitkah tulisan Puan Azah Aziz , Rupa dan Gaya Busana Melayu dan Pakaian Cara Melayu (tesis Phd, dana UKM). Norwani menghasilkan Songket terbitan DBP.

Semoga beberapa lagi manuskrip Busana di Muzium Islam Melaka dapat dibongkar semula untuk terbitan (telah saya serahkan tahun 1997), Busana Melayu Selangor telah diserahkan ke Muzium Selangor (1996). Apakah manuskrip itu masih ada????


Diharapkan juga Pengarah dan kurator di setiap muzium tekstil dan busana mengerti tanggungjawab bersama. Bukan sekadar menjadi tukang tunjuk, tanpa berminat untuk melengkapan diri sebagai penyedidik di bidang yang anda ditugaskan. Atau universiti sendiri sewajarnya sudah bersedia menyediakan sarjana tekstil dan busana, sehingga projek penubuhan muzium atau galeri BUKAN diisi oleh pereka fesyen atau aktivis busana yang tidak menitik beratkan kekayaan makna warisan sejarah budaya.


Salam kasih budaya

Di kaki Bukit kanching,4 Januari 2011




Wednesday, 29 December 2010

Kuliah Bahasa Melayu di negara asing?


Ruang kuliah, mahasiwa Russi tekun mendengar kuliah bahasa,
sejarah Nusantara, 2000

Hujung tahun ini, izinkan kuakhiri catatan tahun 2010 ini:

Semakin melampau? semakin tidak peduli dengan warisan bangsa warisan milik negara.
Nah cadanganku, usul ke kabinet menghantar para Menteri yang tidak peduli dengan penuturan BAHASA MELAYU. Lihat dan dengar suara dengan bahasa apakah yang dilontarkan ketika berbicara dengan para wartawan?

Tengah berbicara rasmi, berbahasa Melayu, eehhh tiba-tiba dengan seenaknya berbahasa rojak tanpa menghirau siapa di depannya?...semua berambut hitam, orang Malaysia...lihat pula kain rentang di depan pentas terutama di bilik-bilik hotel mewah, dengan bangga atau menghina dengan abjad dan ejaan bukan bahasa Negara. Wah'




Para sarjana dan bahasa bahasa dan sastera Melayu di Universiti Moskow

Tuan Perdana Menteri, tahun depan, esok, sila masukkan anggaran perbelanjaan belajar BAHASA MELAYU di PERANCIS, GERMAN, UK, US, AUSTRALIA-NEW ZEALAND, RUSSIA, CHINA, KOREA dll. Maka semua akan melamar belajar bahasa sendiri itu di benua asing - mewah dan seronok bermain salji atau sambil beribadah di Mekah, boleh juga belajar bahasa Melayu dengan pedagang Arab-India di pasar Arab sana.....

Selamat belajar bahasa ibunda di negara asing sana! Ayuh siap mendaftar, habiskan wang negara untuk berfoya?????

Selamat bercuti menikmati tahun baru Masihi.Tahniah buat pemuda bangsa membawa gol merdeka!!!

Anjung Kasih Bonda, 30 Disember 2010


Friday, 24 December 2010

Mendekati Lambang Seni Hias Balai Adat - bandingan teks klasik Melayu

Lakaran peterakna, 7 tingkat
"HATTA maka berjaga-jaga itupun sampailah 44 hari 44 malam, maka balai panca persada (bentuk) sudalah diperbuat, terlalu indah-indah perbuatannya, kemuncak tingkapnya ditatah emas (bahan) dan sulur bayungnya (bentuk hias) daripada perak ditatah (teknik) dengan perada terbang (bahan) , dan tiangnya gading (bahan) disendi dengan tanduk diukir dan dicat (teknik/bahan melukis) dengan sedelinggam, dinding kelek-keleknya cermin (bahan)
yang kuning (warna), atapnya kaca yang putih..." (Raja Chulan , Misa Melayu, 1966)

Antara banyak teks Melayu Klasik, teks Misa Melayu lebih jelas memerikan tentang gambaran SENI RUPA MELAYU (SERUM, Malaysia). Kalau teks lebih awal Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, hanya mencatat kerja melukis sebagai menulis dengan 'tulisan yang indah-indah' . Malah dalam teks tulisan Raja Chulan sudah dikenali bahan cat dengan sedelinggam.

Barangkali kesamaan motif hias mempunyai pemerian yang setara antaranya , awan larat (semua teks) , bunga yang ajaib-ajaib seperti naga mengulur (air) pancutan, burung bergantungan terbang, merak terlalu indah, dihasil oleh 'tukang yang pandai-pandai (seni) belaka' . Di situlah ada pandai ukir, pandai emas/perak, pandai tetas , pandai cipta bangunan (pereka bentuk, Bendahara, Temenggung dan Orang Kaya ) dan penitah , pengarah ( Sultan).



Susun papan motif pucuk rebung arah berlawanan, atas bawah,
kayu, dinding Anjung Bonda, Bandar Baru Bangi, 2010

Motif hias kerap disebut sebagai bunga yang indah, ada yang memuncak, meninggi ke awang, ruang kecil mata punai atau jejeran siku keluang

Motif gigi yu/kepala cicak, cucur atap di Laman Nyang Galoh, 2007

Atau awan berombak dengan kepala cicak atau gigir yu menjunam!


Balai-balai juga didirikan di setiap penjuru bangunan utama. Di balai inilah berkumpul pandai seni persembahan, ada yang bermain gedombak, kecapi, ' maka segala perarakan (alat bunyian) di tempatkan di balai - segala bunyi-bunyian daripada gendang negara serunai nafiri dan tunggul panji-panji alam berbagai'.
Apakah ini hanya imaginasi penulis tradisi atau realiti yang ditatapi dialami sendiri oleh Raja Chulan. Sebagai pengkaji seni warisan, kita telahpun dihadapkan dengan realiti teks, teks tradisi lisan yang telah dicatat kemas oleh penulis pada zamannya. Tugas kita, kalau anda pelukis bagaimanakah menghadipi reka bentuk bangunan yang telah diwarisi sejak lama. Masihkan ada sulur bayung dibucu bumbung, atau kepala cicak atau gigi yu menjunam - tersisa di halaman yang samakin hilang dalam bauran kemodenan persekitaran ?
Kenapa sekarang muncul istilah seni hias taman, dengan aneka nama asing, dengan meminjam istilah yang jauh dari persekitaran asal. Bagai terlalu janggal menyebut dan mencatat Seni Taman Melayu sebaliknya lebih bergaya mengutip gaya Bali, atau di kaitkan dengan wilayah lebih keluar dari wilayah asal hingga dengan bangga juga memilih feng shui daripada menetukan punca cahaya pertama (subuh) dan jatuhnya matahari ( maghrib, kiblat- Kaabah) bagi menyesuaikan cahaya (jiwa/batin ) . Di manakah angin bebas keluar masuk dari anjung ke ruang ibu sebagai ruang utama melalui kisi-kisi yang menumbuhkan kesegaran - kesihatan?
Ya pereka taman impian - kita belum terlewat mengutip sisa warisan.


***
Laman Nyang Galoh, 25 Dis 2010 , 02:20