Friday, 21 January 2011

Tukar menu anda


KENAPA marah, terkejut dengan harga minyak naik? Tapi selera makan terus saja berkembang. Inginkan berbagai cita rasa. Ayuh baliklah ke hidupan sederhana saja. Goreng tanpa minyak? Ooo, boleh sapu saja kuali dengan minyak. Tabur bahan makanan anda, tahu, peria, cili...tambah serbuk lada kasar, jangan lupa sayur dan buah untuk masakan anda biar berwarna, kerana setiap warna mempunyai gisi tersendiri.
Haaa, masih tidak berselera? Saya dah biasa lauk tahu tempe sejak di Jogja. InsyaAllah sehat dan jangan lupa susu kacang soya, buat sendiri juga. Amin .

BBB
21 Januari 2011

6 comments:

roserose*MrsYusof* said...

Puan,
Kalau di Johor,kami panggil sambal goreng kalau ada tauhu dan tempe...

tp mcm nampak olive aja tu..betul kan?

SITI ZAINON ISMAIL said...

hee tempe habis stok. Buah zaiton kegemaran saya. Kalau sambal'goreng banyak minyak.tempe saya panggang, aje enak juga.

Bahasa Makngah said...

Baguslah perkongsian puan hari ini, saya nak tirulah, tkasih.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Bagus tu.. kena kurangkan minyak dan gula. Hanya kekal manis dalam senyuman..

Syed Putra said...

Salam bonda,
Wah, ini sudah dikira masakan yang jarang-jarang wujud dalam pengetahuan generasi saya! Akan cuba untuk memasaknya.

Oh bonda, baru sahaja mendapatkan buku Kasih Bonda. Sungguh bermakna dan penuh kenangan :)

siti zainon said...

aah resepi mudah aje. Menu mudah utk anak muda, biar rajin ke dapur. Hehe
Ya putra, cerita kenangan, si kecil siti....semoga berkongsi kehidupan budaya kg th 50 an. Ya