Monday, 3 January 2011

Kerja Pemuziuman Seni

Model boneka > busana pengantin Melaka (SZI 2009)
Tenunan warisan sejarah melebihi usia 100 tahun ini di simpan
di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
UKM- perolehan tahun 1990an sebagai warisan karya agung,
sarung songket penuh , kain lepas kemban limar dan selendang limar .
Semoga lestari di kampus UKM

***

SEBUAH Muzium adalah rumah kehidupan yang harus selalu dihidupkan. Kerap terdengar mengatakan muzium hanya rumah menyimpan barang lama. Ada juga yang bersuara, begitu sukarnya mendapat dana untuk menghidupkan semua muzium-terutama muzium budaya, berbanding dengan muziun sains dan teknologi. Namun kini kesedaran menghargai muzium makin berkembang malah ada negeri yang menyarankan untuk menghidupkan 1000 muzium.

Berdasarkan pengalaman saya yang terlibat dengan kerja penyelidikan tekstil dan busana, bahagian ini yang sukar mendapat restu untuk merealisikan sebuah muzium atau galeri . Muzium Tekstil Negara melalui proses kerja hampir 10 tahun. Sebagai pengerusi penyelidikan, bersilih ganti bahagian atau departmen kerajaan yang menjadi penyalur kewangan. Kadang kerja ini di bawah Muzium Negara, kadang pula di bawah Pusat Kraftangan. Seramai 7 orang pakar bidang dilantik, kami kerap terkatung-katung juga, sehingga wang bayaran penyelidikan begitu sukar disalurkan kepada pengkaji.

Lebih menyedihkan hasil penyelidikan untuk penubuhan muzium itu hanya menjadi data pameran, dilekat di ruang dalam pameran, atau menjadi gambar /slide...katelog lengkap dan sempurna menjadi buku belum juga muncul. Penyelidik harus mencari dana lain untuk dijelmakan sebagai buku. Kalau adapun penerbit tetapi memakan waktu yang panjang ( 3-5 tahun).

Sungguhpun begitu kita wajar bersyukur, beberapa badan lain turut memperdulikan warisan tenunan dan songket. umpamnya Muzium Diraja Pahang telah menghidupkan semangat Tenunan Diraja Pahang dan buku berkenaan telah diterbitkan oleh PPKM. Yayasanan Warisan Johor telah memberi dana penyedilikan dan menerbitkan buku Busaya Melayu-Johor (1995-1996). UKM telah menerbitkah tulisan Puan Azah Aziz , Rupa dan Gaya Busana Melayu dan Pakaian Cara Melayu (tesis Phd, dana UKM). Norwani menghasilkan Songket terbitan DBP.

Semoga beberapa lagi manuskrip Busana di Muzium Islam Melaka dapat dibongkar semula untuk terbitan (telah saya serahkan tahun 1997), Busana Melayu Selangor telah diserahkan ke Muzium Selangor (1996). Apakah manuskrip itu masih ada????


Diharapkan juga Pengarah dan kurator di setiap muzium tekstil dan busana mengerti tanggungjawab bersama. Bukan sekadar menjadi tukang tunjuk, tanpa berminat untuk melengkapan diri sebagai penyedidik di bidang yang anda ditugaskan. Atau universiti sendiri sewajarnya sudah bersedia menyediakan sarjana tekstil dan busana, sehingga projek penubuhan muzium atau galeri BUKAN diisi oleh pereka fesyen atau aktivis busana yang tidak menitik beratkan kekayaan makna warisan sejarah budaya.


Salam kasih budaya

Di kaki Bukit kanching,4 Januari 2011




No comments: