Rumah sejarah seni dan warisan bonda. Sila jejaki tangga ke rumah kita.Kelopakpun kembang ke jejenang diri
Thursday, 22 March 2012
Wednesday, 21 March 2012
Friday, 16 March 2012
PUTERI SELINDUNG BULAN
HARI ini kubuka kembali teks Cerita Sulung Jawa (CSJ). Menemukan dua nama yang sama di pangkalnya:
1. Tuan Puteri Selingdung Bulan (PSB) Kayangan Udara
2. Tuan Puteri Selindung Bulan Cahaya Nurani.
Yang pertama puteri di kayangan dan yang ke dua puteri di Negeri Johor Mengkaleh Tanah Jaata.
Rengkasan cerita:
Inilah cerita lisan terkenal di Kedah Perlis kadang disebut juga Hikayat Terung Pipit, berdasar nama timang putera Raja Sulung Jawa yang berkuasa di Kedah Tua.
Kerana perebutan kuasa Raja Sulung Jawa ditawan di bunuh oleh Panglima Selampit yang belot atas arahan adik sendiri Raja Bungsu Jawa yang bertahta di Johor Mengkalih Tanah Jaata.
Peperangan hebat terjadi, kerana tiga beradik ini sengaja menggoda gundik Panglima Selampit.(PS).
PS dapat dialah tetapi atas nasihat PSBKU , PS dijadikan alat untuk memerangkap Raja Jawa Bungsu. Maka RJB dapat dibunuh. Makan PSBCN puteri RJB meminta bantuan Tok Rancang Besi Rangcang Tembaga, tetapi dapat juga dialahkan.
Akhirnya Terung Pipit ditabal sebagai Raja mengganti ayahanda dan berkahwin dengan PSBCN.
Sejak itu berulang aliklah Raja Sulung Jawa 11 antara Kedah Tua ke Johor Mengkaleh Tanah Jaata.
Ini bererti berdasar cerita rakyat ini latar budaya PSBCN ialah di negeri Johor Mengkaleh Tanah Jaata (Johor Lama?). Bagaimanakah kira-kiranya busana Tuan Puteri ini?
Mungkin juga ada versi di Kepulauan Riau Laut atau Riau Darat. Sahabatku MAM di Tanah Jawa tolong tambah data cerita rakyat ini ya...
Saya harus merangka dengan gabungan peristiwa dari dua negeri Utara-Selatan walau tahun dan zaman tidak dapat diterka. Oh cerita rakyat.....
* Jamilah, peny. Cerita Sulung Jawa. KL:DBP, 1987.
17 Mac 2012.1
Wednesday, 14 March 2012
PAGI INI DEMIKIAN REZEKIMU
JANGAN kau minta lebih dari kehendakmu. Bukalah pintu dan jendela benarkan angin menerobos juga kucing di halaman persilakan. Ada sedikit makanan, jamahlah. Ucap mentari, akupun tahu tugasku hanya di siang hari malam berganti canda bulan. Tidak ku minta lebih dari itu. Bulan pun tahu bintang setia mengiringi hingga hilang ditawan awan.
Bersyukurlah hati, kau masih diberi angin, udara yang menghulur kasih Ilahi. Dialah Sumber Cinta Utama. Jangan lebih dari itu wahai hati. Melangkahlah hari ini dengan syukur dan nikmat menghirup aroma ajaibNya. Ya Allah terimakasih CintaMu !
NH 15 Mac 2012.1
PULAU DAN HALAMAN, DIAMLAH
Pulau dan Halaman, Diamlah
KAU ingin diam, bersunyi
jangan juga bertanya kemana aku pergi
jendela tidak ku buka sejak tujuh pagi
tidak kau selak 7 matahari beralih sunyi.
Jangan bertanya wahai si Bistari
bintang juga akan diam
bulan juga
tidak ingin memandang.
Jangan sekali berwalang hati
jangan juga memaksa aku tiba
di hari keberangkatanmu
loceng berdenting
aku ingin serindit di sisi
bahtera
berzikirlah untuk kami.
14 Mac 2012
KAU ingin diam, bersunyi
jangan juga bertanya kemana aku pergi
jendela tidak ku buka sejak tujuh pagi
tidak kau selak 7 matahari beralih sunyi.
Jangan bertanya wahai si Bistari
bintang juga akan diam
bulan juga
tidak ingin memandang.
Jangan sekali berwalang hati
jangan juga memaksa aku tiba
di hari keberangkatanmu
loceng berdenting
aku ingin serindit di sisi
bahtera
berzikirlah untuk kami.
14 Mac 2012
Sunday, 11 March 2012
Kiriman Musim Semi
Kiriman Musim Semi
harum si renik liar
terbang ke sini
ke lembah tropika lembab
hujan taufan tiba-tiba
si renik ku meliuk melingkar
gembira menyambut gerimis
dan mentari akan tiba di musim baru
kau di sana masih mencatat
dentingan piano kadang nyaring
kadang basah meredah Thames resah
puisi silam terungkai
menjadi deasi liar di jalanan .
Kusambut huluran sapa
layarmu yang terkibar
ku tahu kau mengutip
si renik liar di musim semi
seperti biasa
mengeringkan ke halaman buku
kan kusambut
biar terlewat 30 tahun lalu.
Dekatnya jarak terpisah
ditemukan di lapisan awan
jangan bawa lagi rawan
simpul silang telah kutawan
aku tidak berpaling
rindu dendam
terubat dalam mukjizat
yang dikecap Nikmat
Sang Kuasa
membawa berita
kau aku tiba
di Rumah yang sama
semoga Shafiq
sudah membaca Kalimah Cinta!
(buat sahabatku keluarga Saba,London)
12 Mac 2012. 1
harum si renik liar
terbang ke sini
ke lembah tropika lembab
hujan taufan tiba-tiba
si renik ku meliuk melingkar
gembira menyambut gerimis
dan mentari akan tiba di musim baru
kau di sana masih mencatat
dentingan piano kadang nyaring
kadang basah meredah Thames resah
puisi silam terungkai
menjadi deasi liar di jalanan .
Kusambut huluran sapa
layarmu yang terkibar
ku tahu kau mengutip
si renik liar di musim semi
seperti biasa
mengeringkan ke halaman buku
kan kusambut
biar terlewat 30 tahun lalu.
Dekatnya jarak terpisah
ditemukan di lapisan awan
jangan bawa lagi rawan
simpul silang telah kutawan
aku tidak berpaling
rindu dendam
terubat dalam mukjizat
yang dikecap Nikmat
Sang Kuasa
membawa berita
kau aku tiba
di Rumah yang sama
semoga Shafiq
sudah membaca Kalimah Cinta!
(buat sahabatku keluarga Saba,London)
12 Mac 2012. 1
Keluarga Saba: Geoffey, Shafiq
saya dan Delphine, London, Ogos 1986
Assalamualaikum
Sungguh lama saya berjarak di rumah ini. Hidup tergesa di luar hingga
melupakanmu. Insya Allah di hari cerah petang ini, kita kembali bersua
hanya dengan IzinMu...beri hambaMu tegesan hidup, cerahan akal dan jiwa
hanya dariMu Jua ya. Tidak ada yang dapat berlaku dan merobah
hanya olehMu.
Ya Allah.
Damaikan hati kami
setelah ada yang pergi
kami redhai.
Gombak
11 Mac 2012
Sungguh lama saya berjarak di rumah ini. Hidup tergesa di luar hingga
melupakanmu. Insya Allah di hari cerah petang ini, kita kembali bersua
hanya dengan IzinMu...beri hambaMu tegesan hidup, cerahan akal dan jiwa
hanya dariMu Jua ya. Tidak ada yang dapat berlaku dan merobah
hanya olehMu.
Ya Allah.
Damaikan hati kami
setelah ada yang pergi
kami redhai.
Gombak
11 Mac 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)