Friday, 21 January 2011

Tukar menu anda


KENAPA marah, terkejut dengan harga minyak naik? Tapi selera makan terus saja berkembang. Inginkan berbagai cita rasa. Ayuh baliklah ke hidupan sederhana saja. Goreng tanpa minyak? Ooo, boleh sapu saja kuali dengan minyak. Tabur bahan makanan anda, tahu, peria, cili...tambah serbuk lada kasar, jangan lupa sayur dan buah untuk masakan anda biar berwarna, kerana setiap warna mempunyai gisi tersendiri.
Haaa, masih tidak berselera? Saya dah biasa lauk tahu tempe sejak di Jogja. InsyaAllah sehat dan jangan lupa susu kacang soya, buat sendiri juga. Amin .

BBB
21 Januari 2011

Thursday, 13 January 2011

Bilakah teks Susastera menjadi Permata Hati?

SEMPENA pertemuan dan dialog PAKSI (Perkumpulan Seniman Bertindak) dengan MIV (Malaysian Indian Voice) di Bandar Baru Bangi ( 13 januari 2010), amat sejas sekali, memang mereka tidak membaca teks Interlok dan mengaku mendapat sumber hanya melalui internet. Suara dan perbincangan memang dalam suara tenang, canda ketawa dan penuh juga tanda tanya. Ada 3 perkara yang mereka catat (temui) dalam teks karya Sasterawan Negara dengan 3 isu : 1) kesalahan pemahaman Tuhan Brahma dan golongan Brahmin 2) istilah kasta Pariya - konon semua sekapal yang datang dari India itu golongan kasta rendah 3) kenapa disebut bagai kandang kambing....saya hampir tertanya, nyata mereka tidak dapat membeza karya sastera @ novel sebagai tulisan kreatif, yang mengandungi unsur sejarah (peristiwa ketika itu), dan bukan teks sejarah. Mereka akur, tetapi masih bertegang mahu teks tersebut dikeluarkan sebagai bahan bacaan sekolah. Perbincangan belum selesai.

Dan akhirnya mereka mengakui , " pembakaran teks tersebut bukan kerja kumpulan kami tapi kerja orang politik dengan niat kedudukan pribadi ". Salah seorang kerabat MIV, juga mengakui, ' kami memang tidak kuat faham nilai sastera.' Saya jelaskan, sastera adalah ibarat permata hati untuk bacaaan anak bangsa. Semoga kita saling berlembut hati memandang tidak remeh dengan teks yang seharusnya dinilai dari sudut keindahan hidup bersama.


buat kawan-kawan MIV,

THE TIME when You created the earth and the sky-
The hills and the mountains
Spring and rivers that flow
The moon, star and the sun
The cause the trees to grow
The delicious and soft fruits
The screech of the insects and the healthy stock
But suddenly a spart
Like the bounce of a breaking crystal
The mountains boil over
Disgorging lava with a vengeance
Humanity's soul is disturbed
Emptied of love!
where are you directing your words
My friend?


Anjung Kasih Bonda
BBB, 14 Januari 2011

Sunday, 9 January 2011

Puteri Nila Pancadi


Bertahtalah Melayu di kota Singa Pura
zuriat diraja menyeri taman
putera pertama Raja Kecil Besar
adinda Raja Kecil Muda
terdengar berita di Bijaya Negara
Puteri Nila Pancadi baik dijadikan suri
merapatkan dua negara
tibalah iringan 500 dayang perwara
bingkisan bertukar tangan
sutera patola panjang sembilan
pontoh permata di hulu tangan
gelang keroncong kepala naga
meriah kota singa aneka persembahan
gendang Keling tandak Melayu menyatu
bersambut pesta putera kedua
Raja Kecil Muda menyatu dengan Raden Lasmi
cucunda memanda Demang
inilah zuriat yang tersurat
lahirlah Raja Muda.
" Negeri Singapura pun besarlah
termasyur kebesarannya pada segala Alam"
Siapakah kelak menduga
negeri ini dilupa asal cerita
yang awal meneroka kota singa?
(Dewan Sastera, Mei 2009,57)

Monday, 3 January 2011

Kerja Pemuziuman Seni

Model boneka > busana pengantin Melaka (SZI 2009)
Tenunan warisan sejarah melebihi usia 100 tahun ini di simpan
di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
UKM- perolehan tahun 1990an sebagai warisan karya agung,
sarung songket penuh , kain lepas kemban limar dan selendang limar .
Semoga lestari di kampus UKM

***

SEBUAH Muzium adalah rumah kehidupan yang harus selalu dihidupkan. Kerap terdengar mengatakan muzium hanya rumah menyimpan barang lama. Ada juga yang bersuara, begitu sukarnya mendapat dana untuk menghidupkan semua muzium-terutama muzium budaya, berbanding dengan muziun sains dan teknologi. Namun kini kesedaran menghargai muzium makin berkembang malah ada negeri yang menyarankan untuk menghidupkan 1000 muzium.

Berdasarkan pengalaman saya yang terlibat dengan kerja penyelidikan tekstil dan busana, bahagian ini yang sukar mendapat restu untuk merealisikan sebuah muzium atau galeri . Muzium Tekstil Negara melalui proses kerja hampir 10 tahun. Sebagai pengerusi penyelidikan, bersilih ganti bahagian atau departmen kerajaan yang menjadi penyalur kewangan. Kadang kerja ini di bawah Muzium Negara, kadang pula di bawah Pusat Kraftangan. Seramai 7 orang pakar bidang dilantik, kami kerap terkatung-katung juga, sehingga wang bayaran penyelidikan begitu sukar disalurkan kepada pengkaji.

Lebih menyedihkan hasil penyelidikan untuk penubuhan muzium itu hanya menjadi data pameran, dilekat di ruang dalam pameran, atau menjadi gambar /slide...katelog lengkap dan sempurna menjadi buku belum juga muncul. Penyelidik harus mencari dana lain untuk dijelmakan sebagai buku. Kalau adapun penerbit tetapi memakan waktu yang panjang ( 3-5 tahun).

Sungguhpun begitu kita wajar bersyukur, beberapa badan lain turut memperdulikan warisan tenunan dan songket. umpamnya Muzium Diraja Pahang telah menghidupkan semangat Tenunan Diraja Pahang dan buku berkenaan telah diterbitkan oleh PPKM. Yayasanan Warisan Johor telah memberi dana penyedilikan dan menerbitkan buku Busaya Melayu-Johor (1995-1996). UKM telah menerbitkah tulisan Puan Azah Aziz , Rupa dan Gaya Busana Melayu dan Pakaian Cara Melayu (tesis Phd, dana UKM). Norwani menghasilkan Songket terbitan DBP.

Semoga beberapa lagi manuskrip Busana di Muzium Islam Melaka dapat dibongkar semula untuk terbitan (telah saya serahkan tahun 1997), Busana Melayu Selangor telah diserahkan ke Muzium Selangor (1996). Apakah manuskrip itu masih ada????


Diharapkan juga Pengarah dan kurator di setiap muzium tekstil dan busana mengerti tanggungjawab bersama. Bukan sekadar menjadi tukang tunjuk, tanpa berminat untuk melengkapan diri sebagai penyedidik di bidang yang anda ditugaskan. Atau universiti sendiri sewajarnya sudah bersedia menyediakan sarjana tekstil dan busana, sehingga projek penubuhan muzium atau galeri BUKAN diisi oleh pereka fesyen atau aktivis busana yang tidak menitik beratkan kekayaan makna warisan sejarah budaya.


Salam kasih budaya

Di kaki Bukit kanching,4 Januari 2011