BBB
21 Januari 2011
Rumah sejarah seni dan warisan bonda. Sila jejaki tangga ke rumah kita.Kelopakpun kembang ke jejenang diri
***
SEBUAH Muzium adalah rumah kehidupan yang harus selalu dihidupkan. Kerap terdengar mengatakan muzium hanya rumah menyimpan barang lama. Ada juga yang bersuara, begitu sukarnya mendapat dana untuk menghidupkan semua muzium-terutama muzium budaya, berbanding dengan muziun sains dan teknologi. Namun kini kesedaran menghargai muzium makin berkembang malah ada negeri yang menyarankan untuk menghidupkan 1000 muzium.
Berdasarkan pengalaman saya yang terlibat dengan kerja penyelidikan tekstil dan busana, bahagian ini yang sukar mendapat restu untuk merealisikan sebuah muzium atau galeri . Muzium Tekstil Negara melalui proses kerja hampir 10 tahun. Sebagai pengerusi penyelidikan, bersilih ganti bahagian atau departmen kerajaan yang menjadi penyalur kewangan. Kadang kerja ini di bawah Muzium Negara, kadang pula di bawah Pusat Kraftangan. Seramai 7 orang pakar bidang dilantik, kami kerap terkatung-katung juga, sehingga wang bayaran penyelidikan begitu sukar disalurkan kepada pengkaji.
Lebih menyedihkan hasil penyelidikan untuk penubuhan muzium itu hanya menjadi data pameran, dilekat di ruang dalam pameran, atau menjadi gambar /slide...katelog lengkap dan sempurna menjadi buku belum juga muncul. Penyelidik harus mencari dana lain untuk dijelmakan sebagai buku. Kalau adapun penerbit tetapi memakan waktu yang panjang ( 3-5 tahun).
Sungguhpun begitu kita wajar bersyukur, beberapa badan lain turut memperdulikan warisan tenunan dan songket. umpamnya Muzium Diraja Pahang telah menghidupkan semangat Tenunan Diraja Pahang dan buku berkenaan telah diterbitkan oleh PPKM. Yayasanan Warisan Johor telah memberi dana penyedilikan dan menerbitkan buku Busaya Melayu-Johor (1995-1996). UKM telah menerbitkah tulisan Puan Azah Aziz , Rupa dan Gaya Busana Melayu dan Pakaian Cara Melayu (tesis Phd, dana UKM). Norwani menghasilkan Songket terbitan DBP.
Semoga beberapa lagi manuskrip Busana di Muzium Islam Melaka dapat dibongkar semula untuk terbitan (telah saya serahkan tahun 1997), Busana Melayu Selangor telah diserahkan ke Muzium Selangor (1996). Apakah manuskrip itu masih ada????
Diharapkan juga Pengarah dan kurator di setiap muzium tekstil dan busana mengerti tanggungjawab bersama. Bukan sekadar menjadi tukang tunjuk, tanpa berminat untuk melengkapan diri sebagai penyedidik di bidang yang anda ditugaskan. Atau universiti sendiri sewajarnya sudah bersedia menyediakan sarjana tekstil dan busana, sehingga projek penubuhan muzium atau galeri BUKAN diisi oleh pereka fesyen atau aktivis busana yang tidak menitik beratkan kekayaan makna warisan sejarah budaya.
Salam kasih budaya
Di kaki Bukit kanching,4 Januari 2011
Tuan Perdana Menteri, tahun depan, esok, sila masukkan anggaran perbelanjaan belajar BAHASA MELAYU di PERANCIS, GERMAN, UK, US, AUSTRALIA-NEW ZEALAND, RUSSIA, CHINA, KOREA dll. Maka semua akan melamar belajar bahasa sendiri itu di benua asing - mewah dan seronok bermain salji atau sambil beribadah di Mekah, boleh juga belajar bahasa Melayu dengan pedagang Arab-India di pasar Arab sana.....
Selamat belajar bahasa ibunda di negara asing sana! Ayuh siap mendaftar, habiskan wang negara untuk berfoya?????
Selamat bercuti menikmati tahun baru Masihi.Tahniah buat pemuda bangsa membawa gol merdeka!!!
Anjung Kasih Bonda, 30 Disember 2010
LAUT dan bahtera adalah perantara jalinan kerja pandai seni tenunan dunia Melayu. Walaupun sutera mula dituai di China, sebagai bahan tabu untuk golongan istana, namun dengan sistem perdagangan, sutera mula mengembang sayap niaga jauh ke nusantara. Laluan sutera darat dan laut telah membiak keahlian pandai seni tenunan dan berkembang di daerah persisir pantai yang disinggahi bahtera sutera. Tenunan sutera pun bertapak di daerah Champa-Kemboja, masuk ke Siam menurun ke Patani, muncul di Kelantan, Trengganu dan Pahang. bahtera terus belayar, singgah di Kepulauan Borneo, tiba di perairan Sulu- Mendanau. Bertapaklah warna-warni cerah gemilang di Sambas, Samarenda, tibalah ke Sulawesi .
Laut terus menjadi perantara. Lelaki bertualang membawa hasil pandai tenunan olahan ibu, isteri dan para adinda. Sarung bugis lelaki yang luas benang pakan dan tingginya loseng dapat dijadikan selimut ketika kegigialan di lambung ombak badai. Lelaki Bugis 5 bersaudara terdampar di kepuluan Riau, awal akhir abad ke 17, mengahwini perempuan Melayu di istana. Daeng Chellak dengan Raja (Tengku) Mandak , menzahirkan Raja Ali Haji dan Raja Lumu. Raja Lumu ditabal di Perak, bergelar Sultan Sallehuddin, Sultan Selangor 1. Dan sarung Bugis menjadi pakaian seharaian pewaris keluarga Melayu-Bugis. Di tambah solek menempa pula sutera tenunan songket Kelantan, Trengganu atau dipesan ke Palembang dan Brunei sebagai busana rasmi Kerajaaan
Dunia berputar cepat, tenunan corak Bugis (Bugis lamo ) , Mandar, Sambas, Samarenda, Minangakabau, Pahang, Patani dan Champa adalah tapak terindah menzahirkan tenuan bercorak. Semoga pereka busana dapat memilih tenun bercorak yang asli ini di pesisir pantai Nusantara. Hati-hati memilih, jangan kesasar dengan tenunan India, kerana terkilau oleh warna emasnya. Sebaliknya intan murni ini masih dicanai di rumah kita bersama.
**
Laman Nyang Galoh, Kampung Melaka, Tanjung Karang, 24 Dis 2010