Friday 9 September 2011

MALAM RAYA - SYAWAL 1432


Walaupun belajar masak si bujang ku tetap minta si ibu yang masak rendang. Hei kali ini mereka  berdua sudah meyediakan semua ramuan. Si ibu hanya menumis, memasukkan semua bumbu, bawang merah, halia, lengkuas, bawang putih, kunyit, serai, santan...kacau--kacau..


Kerana si bujang ku memang suka masak, maka penuhlah segala bumbu di dapur. Tetapi untuk masak rendang haaaa, semua barang dalam botol tidak perlu ..si ibu mahu ramuan buat sendiri, dari kupas bawang, menumbuk hasil tangan ya...baru jadi rendang Uwan Gombak.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin

1 comment:

SITI ZAINON ISMAIL said...

Selamat hari raya buat seluruh sahabat ku dalam blog ini. Walau lambat ucap selamat, anda ku ingati di hati. Maaf zahir batin