Friday, 29 April 2011

Aku Anak Tani!



Dialog Anak Alam (2)

1. Aku anak tani ...akupun meneruskan lirik lagu Ebit

2. Ala kitalah anak petani, dah biasa dengan kebun sawit, juga tanam padi

3. Cik Yam pernah digigit lintah....?

4. Eh sini ada lintah ke? Kampung saya di Sabak Bernam ada babi hutan, sebab tu ada lintah

Cik Yam pun turun, menarik rumput renik yang menjalar ke pohon mengkudu, membilik pokok nenas yang ditanamnya 4 bulan dulu. Di petiknya bunga sepit udang, dimasukkan ke dalam vas, dan meja makan kami berhias seni pagi. Cik Yam juga sudah menyediakan nasi goreng, sisa malam dari bekalan rumah pengantin...saya masih merapikan meja tulis, Cik Yam menunggu di meja. Ketilang dan serindit masih menyanyi.

6. Eh, nanti lain kali kita bawa Cik Salamah ye, pasti riuh. Kalau kita berdua, senyap saja rumah ini.

Ha, pendiamkah kami?


Nota Laman Nyang Galoh
11 april 2011

3 comments:

Muhammad Burn said...

cantiknya. kat mana tu...

SITI ZAINON ISMAIL said...

Sisa kebun lama di Kg Melaka, Batu 10 Tanjung Karang

SITI ZAINON ISMAIL said...

Latar kampung ini juga sudah terbit dalam bentuk (2) cerpen: Jurai Palma 1 & 2.. terbitan eceran dan antologi cerpen dengan judul yang sama (DBP, 2001)