Saturday, 5 December 2009

Pinang, sirih pinang mari meminang

Jejeran pohon pinang mencelah dengan
pohon bunga tanjung dan angsana
setandan buah pinang, hampir dilupakan
oleh penghuni kota dengn warna kuning jingga menawan

sayapun gembira menghimpun dan mengutipnya

AYUH mari kita berpantun dengan citra pohon dan buah pinang dengan kaedah:
1) mengutip pantun yang telah sedia ada dengan ritma a/b/a/b
2) bentuk kreasi baru (ciptaaan sendiri) tanpa merosak citra, irama sesuai dengan struktur pantun asal dengan makna perlambangan dan maksud pantun.
Haaa kali ini saya sengaja mengusik anda yang hampir lupa dengan keindahan pantun. Mana tahu Prof Ungku Aziz akan memilih pantun anda untuk kajian dan melengkap penulisan pantunnya. Saya tunggu dengan menghadiahkan anda sebuah pantun adab warisan:
Sepinang dua pinang
Habis pinang dalam raga
Sudah dimakan sirih pinang
Apa cerita mahu dibuka?
Buah pinang sebagai citra pantun dimakan sebagai adat bertamu
dengan tujuan merisik atau meminang
Salam kasih sepantun sirih pinang
Gombak
07112009


2 comments:

daydeck86 said...

salam bonda
anakanda sengaja mencuba membuat pantun sendiri.... (^_^)

Makan sireh berulam Pinang
Pinang dikutip ditepi taman
Jangan diikut perangai si Jalang
Supaya dapat hidup senantiasa aman

SITI ZAINON ISMAIL said...

ya dedek, pantun yang indah, bukan saja dihujung beritme sama, tapi juga perkataan awal tengah juga akan menungahkan pantun. misalnya makan sirih/ boleh bersambut di baris ketiga berbunyi ...jangan dikasih / ....cuba rujuk gaya pantun asal... kita boleh belajar dari Haiku Jepun, mereka masih mengekal gaya dan susunan bait yang sama.....