Monday 7 December 2009

Ulai Sirih - Salam beradab


Dalam gerak tarian Melayu, salam sembah bersulur bayung. Bayung sirih digerak urai, menjulur ke atas, dengan seyuman alam, jemari digerai mengulau, melanjut sembah, di bawa ke kanan, di bawa ke kiri, ditarik ke atas, tidak melebihi alis mata. Pelupuk mata tetap mengarah ke ulai jari, merunduk ke bawah bukan mendongak galak ke langit. Gerak jemari dalam tarian Melayu - bernuansa alam, alam terbentang jadikan guru.

1 comment:

SITI ZAINON ISMAIL said...

tidak perlu menari di pentas sayang. Ini sebahagian latihan gerak tangan selepas berdoa, solat subuh, bukalah jendela, hirup udara pagi dengar kicauan burung, latih jemarimu bermain angin, insyaAllah sehat segar untuk melangkah atau memulakan kerja harian mencari rezeki