Friday 13 November 2009

Segambutdi telan raksaksa Sang Kaya Raya???

Pandangan Bukit Kiara dari SEGAMBUT


Inilah kota raya kami. Indah perkasa. Dari kota berlumpur...di situ Sang Tahta mula berkuasa sejak bijih timah mula memberi harta rakyat yang rajin meneroka . 200 tahun kalu , Raja Abdullah dengan sokongan paduka sultan Selangor meningalkan Linggi- tiba di lembang Ampang. Pelabuhan Batu tempat sampan berlandai -simpang sungan di masjid Jammek sekangan- buruh upahan dari China datang, diikuti dengan rombongan buruh dan peniaga dari Kuantan (Indragiri Hulu), Kampar, Mandailing, Minang (Jawa lebih memilih ke Kuala Selangor)...ada yang buka kedai makan ( kedai makan Padang)....Sehingga 1836...Kuala Lumpur sudah mula riuh bagai pasar dagang. kelompok China dengan kesatuan samseng, dengan jualan candu yang menyokong cukai ke tangan Inggeris.
Salah satu penempatan orang Kuantan dari Indergiri Hulu ialah di tanah gambut, meneroka membuka sawah padi....maka terkenallah Segambut. Jalur awal untuk ke sini, harus melalui Jalan Ipoh , boleh tembus ke Sentul dan Gombak. Dari pinggir bukit Kiara, petani boleh mendapatkan hasil hutan: jering, petai, termasuk binatang ayam denak, tupai bebas melompat dan terkukur berlagu-lagu.
Arus berlalu....kota terus diteroka...tanah di bagi-bagi...kedai deret muncul. Di Segambut, rumah tiang tinggi, atap berperabung, kami bersama bangun mengejar ilmu...turut memeriahkan pembangan kota? Sungguhkan? Tapi kemana waris Segambut, harus mengalah dan keluar dengan wang agihan, hingga kampung dibedah, lori traktor masuk bebas ke muka kampung, jalan penuh debu, lecah, masjid Ubadiah juga tinggal satu-satu tanda, di sini dulu, kami ada Penghulu, ada Imam , madrasah dan sekolah - kini yang sudah makin terhakis oleh jalur pembangunan.
Soalnya bagaimana bahagian kampung ini dibiar dilalui dengan leluasa untuk mereka meneroka, menggondol Bukit Kiara. Tiada suara bantahan yang jelas, hanya kerana tuan rumah asal sudah mengalah dan pindah. Sisa rumah lama di sewa kepada pendatang baru, sehingga wajah Segambut pun seperti anda berada di Selemba, di Pasar Abang....warong bakso, pecal semerbak wangi....dan anak-anak muda bertumpul di warung kecil , termasuk petugas DBKL meratah pecal, gado-gado bikinan mbak Des... Ya seakan dibiarkan kampung ini kumuh...kerana sudah ada arahan dengan poster penjinak pembangunan rumah murah...Please Move @ RM 5,000.00!!
Aku tersedak menghirup teh tarik, tapi terhibur, juga mereka masih bercerita bercanda, " ..esok lusa tidak tahu kami mahu kemana " .
Wahai saudaraku Kaum MUAFAKAT di Kampung Bandar Dalam, Padang Balang, Sungai Mulia, Chubadak...jangan kita biarkan kampung kita seperti Segambut yang kini sudah reput... dalam peta Wilayah Persekutuan. Datuk Bandar berapa kali anda melewati jalan di sini atau dengan bangga melihat bangunan menggapai awan, hingga lupa tidak menunduk melihat sisa bumbung rumah berperabung dan deretan pohon manggis yang masih bersisa di hujung jalan. Allahuakbar....papanya sejarah kita!!!
13 November 2009

6 comments:

GHAFAR BAHARI said...

Saya dapat maklumat bahawa semua penerbitan buku puisi di DBP untuk jangkamasa dua tahun ini telah dibekukan. Semua manuskrip akan dipulangkan pada penulis.

SITI ZAINON ISMAIL said...

horee,terbit sendiri,jual sendiri.siapa mahu gabung dgn kami,jual buku atas gerobak,tolak dorong sambil bersorak-sorak: hapuskan penyair,bekukan hadiah sastera,jangan undang penyair untuk meriahksn acara menteri,kerana menteri juga dpt slot mewah baca amanat gaya puisi di tv.rakrakrum rumah penyair runtuh!

GHAFAR BAHARI said...

Jadi macam dulu jual buku di kaki lima Pasar Budaya, sambil terjerit jerit macam orang jual ubat, seronoknya. Bahagian pemasaran Dawama cakap buku puisi tak boleh di jual Ketua Pengarah Dewan Bahasa main ikut je. Khalid Salleh cakap sudah tak ada budaya. Mungkin ada perbincangan di Dewan Bahasa hari Jumaat ni.

SITI ZAINON ISMAIL said...

macam nak laku,dawama promosi'buku org atasan.tak de usaha,bawa penyair,deg buku2 mereka.tapi suka jual'lambak hujung tahun,seringgit ,duhduh.

SITI ZAINON ISMAIL said...

macam nak laku,dawama promosi'buku org atasan.tak de usaha,bawa penyair,deg buku2 mereka.tapi suka jual'lambak hujung tahun,seringgit ,duhduh.

Pak Ngah said...

Interested, ternyata nama Segambut ada kait mengait dengan perantau Kuantan-Indragiri. Saya pernah melalui Segambut dalam perjalanan menumpang kereta api dari KL ke Seremban. Bila masa saya melawat, saya ingin singgah di Segambut