Wednesday 18 November 2009

Kerja pandai seni ukir muda, 2008-2009


Barangkali nikmat menghadhiri hari Konvokesyen yang telah sering kulalui di beberapa buah universiti dalam dan luar negeri, tidak tertanding kalau masuk ke kampus Institut Kraf Negara di Taman Hutan Simpan Bukit Kancing. Sudah 4 tahun saya tidak melepas peluang untuk masuk ke gerai pameran dan jualan seni - hasil produk pelajar seni ukir, seni anyaman, seni tembikar, seni logam dan seni tekstil. Tentu saja selama 4 tahun itulah aku memunggah aneka almari buku berukir, tempat buku anyaman rotan, perhiasan logam yang boleh di gantung di leher , di telinga atau di bawah atap .Walau kerja mereka masih hasil ulangan daripada contoh-contoh yang sudah ada, tapi ini baru permulaaan...maklum baru tiga tahun....dengan hasil dapatan sebagai pemegang diploma.
Kali ini saya sampai di hari pertama (Khamis), tapi barang-barang sudah banyak terjual...ini hanya tinggal sisa , rak buku hanya berhias di puncak atas, lalu saya gabungkan dengan kepingan lain yang juga berukir, wah sudah menumpuk buku bacaan harianku di situ Siapa tahu 10 tahun mendatang mereka juga akan mengganti tokoh seniman pandai seni ukir seprti Latif Long, Wan Su, Pak Wa, Nik Rashidi, Rohaiza.
Tahniah IKN dengan tenaga pengajar yang mampu mendidik anak-anak muda yang tidak tidak lagi melecekan kerja seni warisan budaya ini.

1 comment:

GHAFAR BAHARI said...

Ada lot- lot tanah Daerah Alor Gajah hendak dijual untuk dimajukan oleh Yayasan Melaka sebagai perkampungan Artis/Seni. Seluas 63,696 ekar, 217 lot tanah. Harga jualan RM 5.00 sekaki , keluasan lot 5,000 kaki persegi @ 6,000 kaki persegi. Akan di lengkapkan dengan auditorium, pentas terbuka, studio latihan dan pengambaran yang akan digunakan oleh pengiat seni. Urusan di selenggarakan oleh Majlis teater Malaysia (TEMA). Alangkah bagusnya kalau ianya dibangunkan di sini.