Monday, 5 October 2009

Lukisan dan Kulit Buku

Lukisan ini dikrop atas bawah, kiri kanan -
sudah hilang 40 % wajah lukisan asalnya
Karya ini yang hanya dikrop bahagian bucu

SETELAH menerbitkan buku-buku dengan beberapa penerbit, saya berusaha agar kulit buku memuatkan karya lukisan saya sendiri. Begitu juga beberapa orang teman turut meminta izin untuk memberi kebenaran menggunakan lukisan saya. Tetapi pengalaman kerja ini kerap terganggu juga. Kerana saiz lukisan kadang tidak sesuai dengan format buku. Kadang dipotong atas, atau bawah atau kiri atau kanan. Jadi karya asli tidak mengikut format lukisan asal. Untuk itu saya harus terlibat berbincang dengan penata reka bentuk, bahagian mana yang patut dipotong, di buang. Tetapi kalau penulis lain mungkin menyerah bulat - bulat kepada pereka
bentuk...alamak, kadang-kadang terkejut...lukisan asal ukuran 4 sama segi tiba-tiba menjadi setengah, di potong 50 % sedangkan judulnya tetap asli...wah wah....di sini ketara sekali hubhugnan kerja pelukis (Fine Art ) bagai tidak pernah sejalan dengan kerja pelukis grafik . Anda ada pengalaman yang sama kah?
Bagaimana pula dengan honorarium karya lukisan untuk kulit buku? Kalau tulisan itu karya sendiri, percuma lah...tetapi kalau buku penulis orang lain...kadang-kadang percuma juga haaaaha...' yah saya tanam budi aja...' harap dapat buku komplementari.Tapi penulis dan penerbit tetap lupa (atau pura-pura lupa, tidak peduli) ....jadi terpaksalah beli untuk tambah koleki sendiri.
Kaki Bukit Takun
5 Oktober 2009




8 comments:

Rositah Ibrahim said...

Salam, Kak Siti,

Sekadar reaksi - secara peribadi saya menyenangi karya catan (atau lain-lain karya seni halus) menjadi hiasa kulit buku. Kesenangan ini menyebabkan saya lebih menghargai kulit D sastera tahun lepas jika berbanding tahun ini. Karya catan sebagai kulit buku membantu menyebar-luas kepada khalayak tentang pengkarya kita, itu pun jika diberi kredit.

Saya teringat DS dalam tahun-tahun awal 70an banyak diisi dengan sketsa pelukis tanah air. Pada saya itu lebih bererti daripada lakaran ilustrasi yang hanya berfungsi sebagai lakaran iringan.

Dan saya teringat juga, DS dalam tahun sekitar 78 @ 79 menyediakan centre spread berwarna, foto penyair dan puisi-puisinya. pada saya itupun menarik juga, sekurang-kurangnya peminat sastera boleh mengenali wajah penyairnya.

siti zainon said...

terima kasih rositah.seharusnya begitulah.editor wajar berbaik dgn pelukis.sudi dtg ke galeri.itulah yg dilakukan editor ds 1970-1980an: usman awng,baha zain,kemala,johan jaafar,sutong umar,kerap muncul'dlm acara pameran.jadi timbul sayang dgn lukisan dan pelukis.sekarang hubungan itu terputus.kalau ada pameran,hanya ditugas fotografer saja dtg ambil lukisan...ya nak buat macam mana,..

zubin said...

kak siti, ini buku2 barukah?

SITI ZAINON ISMAIL said...

ya buku baru.tapi siapalah kita...penerbit lancar di sarawak tapi tak jemput penulispun..

SITI ZAINON ISMAIL said...

ya buku baru.tapi siapalah kita...penerbit lancar di sarawak tapi tak jemput penulispun..

GHAFAR BAHARI said...

Tahniah kerana buku terbaru ini sudah ada di pasaran. Saya fikir apa yang menjadi masaalah di sini sebenarnya Pereka Grafik yang ada bukan seorang pelukis, jadi mereka tidak tahu menghormati sesebuah karya seni. Di mana Art Director yang mengawal selia hal itu semua. Memang tidak ada pun disini.Malah tidak ada yang berkemampuan berfikir begitu. Memang untuk mendapat sesuatu yang elok sebaik nya memerlukan penglibatan dan campur tangan terus walau pun kadang kadang kita yang banyak mengalah.Saya jua tidak puas hati dengan apa yang telah di terbitkan walau pun saya boleh buat sendiri tapi ia di tugaskan pada orang lain yang masih baru belajar. Apa boleh buat saya fikir asal terbit jangan terlampau teruk sudah lah. Apa yang saya harapkan tidak menjadi seperti mula.
Mereka juga tidak tahu membezakan karya kreatif dan kerja hakiki.Saya buat kerja kreatif pun tidak dibaya- Gopa.

GHAFAR BAHARI said...

Mungkin Siti tidak tahu disebalik perubahan mendadak D. Sastera baru baru ini, dalam usaha saya membentang kertas kerja perubahan itu saya telah diketawakan separuh mati di khalayak oleh pehak editor.walhal saya seorang pelukis yang mengambil alih tugas pereka dan saya dikatakan ada sedikit ilmu untuk becakap.Tapi usaha murni itu sedikit sebanyak diguna pakai juga kerana apa yang saya cadangkan itu memang melanggar terus house stail gaya dewan yang dipertahankan. Mereka mentertawakan pengalaman saya selama 30 tahun sebagai designer dan pelukis ilustrasi di berbagai penerbitan.Tapi saya ada hujah saya yang boleh menutup mulut mereka dan mereka minta maaf. Susulan dari peristiwa itu Siti dapat lihat lukisan saya disiarkan pada bulan ogos dan sebagai penulis tamu untuk ruangan puisi. Mungkin untuk menebus malu la. Saya tak peduli saya ingin dewan majalah DS setanding dengan majalah luar negara. Nantilah boleh cerita dilain kali nanti.

SITI ZAINON ISMAIL said...

Ya Gopa saya tahu dan merasakan pengalaman perit pereka bentuk buku yang tidak diberi kebebasannya. Kita harus berani menentang arus...kalau mereka ketawa kan sejak dulu sudah dibidalkan, biarlah Si luncai terjun dengan labunya....mungkin mereka luncai atau kita dituduh luncai....buku saya tu sampai sekarang tidak ada berita tersurat pun di mana-mana. Tapi kita tak perlu kecewa....kita terus berkarya ini anugerah Allah kan.