Monday 6 July 2009

SENI TULIS?

Konsep pohon beringin menghiasi bekas celak, produks
India di jual di bazar Mekah

Gunungan seakan pemelih kepala dengan ukiran
sulur bayung , menghiasi perangkap burung, asal Kelantan, 1960an

SENI TULIS? Inilah istilah awal tercatat dalam teks klasik Melayu...' Maka Hang Nadimpun menulis bunga-bunga yang indah, menghiasi kulit telur untuk dijadikan tanglung' . Ini ayat adatasi daripada teks Hikayat Hang Tuah. Di sebut juga , perkataaan ' jarum yang seni-seni sudah berkarat, hadiah dari raja China'. Perkataan seni bererti yang halus....belum dikaitkan dengan seni yang cantik. Tapi seni tulis yang indah telah dihasilkan juga oleh PANDAI SENI mengukir, ukiran larat, menulis bunga untuk kain bercorak. Kerana kita terdedah dengan displin pendidikan Seni Rupa Barat, maka semua teoripun diceduk untuk menjelaskan asal kata seni, art, arte hingga membedakan keindahan Kraf (bahasa Jerman --> menjadi Craft dalam bahasa Inggeris)
Begitu juga kerap terdengar kenyataan : " kita tidak pasti sejak bila seni ukir itu mula wujud di sini?" Dalam kotak hati saya , kenapa tidak pasti. Kenapa tidak dirujuk kepada bait-bait pantun yang sudah bercerita memerikan larik-larik ukiran, warna bentuk....hitam-hitam si tampuk manggis, hijau pucuk pisang (konsep warna), atau ketinggian keluasan disebut ' setinggi pokok kelapa' atau warna minyak....dari segi bahan gunaan, kita pun risau tentang kayu yang diukir cepat reput, cepat rosak maka diganti dengan bahan logam, batu. Kenapa tidak merujuk kepada kayu belian, meranti , tepas, ketapang yang tahan berzaman? ..ahhasil pun masih disebut ya ini bahan import'. Kepana tidak digali, dari manakaH asal daya cipta pengukir, membuat bentuk sulur bayung perahu bedar, gunungan atau pemelih untuk hiasan kepala pengantin ataupun hiasan kepala sangkar burung dan hiasan celak yang dihasilkan di India dan dijual di pasar depan Kaabah?
6 julai 2009, Isnin

Ya untuk pelajar seni, atau guru dan pensyarah di UPSI,UiTM, teori Herberd Read, perlu dibahas lagi dan berbicaralah dan falsafah ZAABA, Mohd Taib Osman, dengan Muhamad Haji Saleh juga puisi Usman Awang. cerita ' beringin tua di sebuah kota'

2 comments:

rahmat haron said...

Mak Siti,
saya tertarik dgn imajan surreal dlm pantun2 lama Melayu, spt Gunung Daik bercabang tiga

SITI ZAINON ISMAIL said...

Mat, realiti alam itu dipilih diangkat dan disusun....dah berlayar ke Daik-Lingga....anda akan lihat cabang tiga itu...bukan imaginasi semata...kalau tidak kita jadi 'gila-gila basa (bahasa), atau 'mabuk kepayang' lalu menjadi 'pungguk rindukan bulan' Pahlawan seperti mu bukan hanya 'seperti kura-kura naik dahan' atau ;' malu-malu kucing' ....ahahah....bidalan Melayu Mat....