Saturday, 4 July 2009

JINGGA DAH JADI JEJAKA MUDA

Jingga sudah mengintai dan menunggu Katih...ah dia masih kecil lagi

Awas Jingga mula memasuki rumahnya..dan si Katih?

pamer taring dan misai ya?

MASUK usia 6 bulan, tampang dan gaya Jingga semakin bergaya, galak dan mula tayang tampang....dah mula mengendap, mengintai Katih yang baru usia 2 bulan, sedang nakal dan minta dibelai....kadang disangkanya Jingga itu ibunya. Ibunya Tam-tam dah mengembung lagi perutnya...ah haiwan manis ini cepat sekali membiak. Kali ini harap Bucuk berhasil membujuk Tam-tam agar nanti lahir si bulu putih kelabu.
Dan Jingga, kadang menyeringai, menaikkan bulu-bulu hidung yang sarat tumbuh di pipi juga di kening.Eh lucu juga , misainya kadang menegang dengan mempamerkan taring dan menggulung lidah...mula akan mencari teman mainan ehhh. Cepat sungguh nakal ya , jangan jadi 'buaya darat' lah....

5 comments:

wardah munirah said...

Assalamua'alaikum
Comelnya bonda.Semoga membesar dengan sihat. Coraknya macam kucing Friskies.

SITI ZAINON ISMAIL said...

Waalaikumsalam. Tengah nakal lasak. Tidur nak bertemuan, kalau kita tak masuk bilik dia terus tungguh.....makan aje selalu...tks. kucing-kucingmu juga sehatkan..

wardah munirah said...

Salam,
Sama saja Bonda. Kucing saya sudah 15 tahun usianya itu memang sangat manja. Sudahlah tidur hendak berteman. Makan pula hendak disuapkan. Maklum saja, gigi sudah tinggal dua.

selamat menjaga kucing dengan penuh erti dan kasih sayang.

SITI ZAINON ISMAIL said...

hhhha kesian dia kan, kita telah bermain dengan mereka sejak kecil..itulah kasih sayang yang alami

wardah munirah said...

Betul tu, bonda.
Membesar bersama-sama.