Tuesday 7 July 2009

BERKEMBANG LAGI PELUKIS WANITA MELAYU

Khairina Kharuddin

Citra berzaman menegak warisan?

Phaka (kolektor seni), Raja Ahmad Aminullah (Pengarah, R.A Fine Arts),
Haneem (Kurator bebas), Feezah (Galeri Chandan)


PAMERAN Kumpulan DiKalajingga: Dari kerana mata, bagai mengimbau latar alam dan sejarah kenangan penyanyi Melayu sebelum merdeka...barangkali inilah keistimewaan kumpulan pelukis ini. Mereka adalah terdiri daripada lima orang pelukis muda lulusan UiTM yang mendapat keistimewaan apabila R.A Fine Arts sudi mengatur pameran mereka (dari 2-15 Julai 2009). Catatan ringkas ini hanya merujuk kepada karya pelukis wanita tunggal dalam kumpulan DiKalajingga, iaitu Khairina Khairuddin ( l.1976). Setelah meninggalkan jawatan sebagai pendidik seni di IPTS KL, Rina sudah menetapkan dirinya sebagai pelukis sepnuh masa. Dalam pameran ini Rina menampilkan karya akrilik dengan menampilkan ciri figuratif bebas, antara gabungan citra tempatan (motif songket, gasing) yang menerawang bebas di langit kanvasnya (lih. judul In Vertigo, 7 x 5', 2009) ataupun figuratif bebas dalam Are You Mocking Me?...Yeah, 5x5.5.' , 2009).Terdapat unsur kejutan, kegelisahan di balik kenyataan tampak ini, terutama dengan susunan bahan yang ditampilkan seperti susunan abjad membentuk persoalan: Ss Superhero atau Pp Polition. Pelukis tidak dapat mengelak isu semasa yang menggelisahkan fikiran wanita ini. Begitu juga kucing dan burung yang seakan desah mangsa dan pemangsa, siapakan yang mengalah atau teralah...Pelukis ini masih mempunyai jalan panjang untuk meneruskan kehidupan dunia seni lukis. Tidak banyak pelukis wanita dapat bertahan untuk terus berkarya dan berpameran tunggal. Selepas ini kita menunggu bilakah beliau dapat mengadakan pameran bersendirian...pameran solo yang lebih menguji kewibaaan seorang pelukis wanita Melayu di masa depan...kita bersama berdoa untuk Rina agar tidak mensiakan bakat dan ghairah kerja bagi menuju ke jalan seni yang lebih luas di masa depan. InsyaAllah...
(Komentar dan pertanyaan saya: kenapa akhir-akhir ini begitu ghairah sekali para pelukis muda menggunakan bahasa asing sama ada untuk judul karya ataupun nama pameran...sekurang-kurang kumpulan ini telah mengambil keindahan alam ketika menjelang senja...DiKalajingga (Tahniah).Cuma anehnya mereka masih (ingin-sesaolah) berfikir dengan menolak lidah ibunda - kecuali Haris Ahmad dengan judul "Cheritera Tubuh" atau dengan sedikit nakal , " Sumpah saya takkan bukak" oleh Suddin Lappo)

5 comments:

daydeck86 said...

pernah ke R.A Fine Arts sewaktu ibu kartika affandi tempoh hari
cantik sekali lukisan nya ya bonda

http://daydeck86.blogspot.com/2009/02/art-from-kartika-affandi.html

SITI ZAINON ISMAIL said...

Ya....lukisan adalah cerminan jiwa dan fikiran manusia seniman ....

daydeck86 said...

tapi sayang waktu kesana tak sempat nak bertemu dengan beliau..

SITI ZAINON ISMAIL said...

Rugi tak datang, mereka penuh muzikal dengan biola, gitar, doublebez dengan lagu R.Azmi " Dari kerana mata...." Pak Samad pun ada

daydeck86 said...

saya datang bonda
tapi cuma dapat lihat lukisan nya aja
dapat tahu selepas perasmian nya