Wednesday, 27 May 2009

ZEL

Melor (Editor Zel) dan Mawar (pengarang Zel)

TAHUN 1998, dengan berani saja Melor menerima tantangan untuk menerbitkan karya Mawar, Zel. Ini kerjasama antara Galeri Melora dengan pengarang (termasuk Lading Masih di Tangan oleh Nisah Haron). Hei setiap pengarang keluar modal sendiri lee. Melor baru saja mendaftar ke ITM Johor, belum berstatus universiti ketika itu). Mawar dan Nisah ingin berkongsi dengan kerja kecil Melor, kerana dia buat layout buku, kecil macam katelog lukisan saja. Memang banyak kelemahan kerja suntingannya - ejaaan salah, maklum Mawar dan Nisah berani menampilkan istilah Melayu lama, disamping istilah ilmu dunia yang mula diceburi kedua pengarang muda ini.

16 Mei lalu mereka bertemu sempena Multaqah Kebudayaan dan Kesenian Islam di UKM. Mawar turut membentang kertas kerja memprosi karya-karya penulis muda. Tahniah juga kepada Nisah Haron berani bersuara ' karya Ayat-ayat Cinta tu tak sehebat mana.... dibandingkan dengan karya FT...tapi hebat kerana promosi'. Siapa nak promosi karya kita? Penerbit, wartawan, kawan-kawan? Itu yang diberi tip oleh Mawar dalam Multaqah itu.


3 comments:

Riesna Zasly said...

Bonda...

Memang sukar mahu mendapatkan pasaran buku-buku sastera yang baik di sini... Contohnya buku Faisal tehrani & buku bonda sendiri.... bayangkan di johor bahru yang penuh toko buku berbagai kelas bintang (3star to 5star), semuanya tak mahu menjual...

Buku bonda sendiri, PERCIKAN SENI harus dipesan dan tunggu hampir 2 bulan, baru tiba di tangan... Sangat lama... Buku-buku puisi bonda dan faisal Tehrani yang lain, banyak yang terpaksa dibeli lewat UJANA ILMU (internet) itu... sukar...

Di Indonesia ada gramedia, yang menguasai penerbitan hingga memasarkannya... Malah ada rangkaian gedung buku sendiri... Mereka tidak memilih buku untuk dipasar... buku sastera tinggi juga banyak... dari pramoedya, arswendo, djenar maesa ayu hingga si pop dewi lestari, semua yang ada dipasar dgn baik... promosi juga sekata dan kuat... dan masyarakat disana sudah dimomok menilai sastera dengan baik.... bisa terima karya berat...

Di Malaysia, DBP sendiri marketing & promosi hancur... Di JB, percaya ngak, galeri bukunya guna rak perpustakaan sekolah tahun 60an, buku berhabuk.. tidak selesa untuk dibelek... aduhai...

Tapikan bonda... mau gossip skit ya... bisa? hehehe... penulis2 sastera berat di sini kebanyakannya sombong banget... dengan para peminat tak pandai melayan... FT itu sombong, ramai pembaca yang bilang gitu... buka kelab peminat pun tak mahu, layan soal jawab peminat juga tak peduli.. promosi bukunya udah lah tidak ada... gimana tuh?.. Sasterawan harus buka dada tempuh para peminat dan cari peminat ya...

Makanya, sasterawan disini harus pandai promosi karyanya sendiri dengan promotion item yan trend terkini dan canggih...

Bonda pernah dengar karya RESTO VECTO (Dewi lestari)... dia publish dan pasar sendiri bukunya... dari A to Z... sangat hebat...

opinion reena ya... sasterawan disini harus berubah dan tidak hanya dalam lingkungannya saja... jgn sombong untuk jumpa orangramai... ikut trend semasa dalam segi, publishing, marketing & promotion, namun tetap kekal keindahan sastera karyanya...

Bonda udah makan siang?

SITI ZAINON ISMAIL said...

Ya reena, bonda udah letih dengan promisi dangkal dbp. kami ke sana macam udang lentok, kadang-kadang ada editor dah kerja keras, lepas tangan. buku bonda paling cepat baru siap 2-4 tahun. sekarang ada judul 4 tahun belum cetak juga. kalau dah siap adit, tinggal di percetakan belum di cetak juga. jangan harap nak buat promosi (tanyalah pengara Dr Rahmat Haron ). bonda bertahun-tahun buat program sendiri. kadang kesian lihat kerja editor, mereka memang kerja keras, tapi buat promosi tu kerja orang lain, bukan dia. terakhir bonda promosi Kasih Bonda tu di surau Tarbiyah. Jadi pegawai mereka datang, harus pastikan cantik ruang, ada lapik meja, ada kerusi untuk vip. aduh....kalau gita reena joint bonda kita promosi buku2 bonda di salon mu hahaha, kita aja, Tengku Suri Raja Muda Johor lancarkan. Dia pelukis juga lho...haha, reena senaraikan saja buku bonda yang lain, nanti Galeri Melora akan uruskan ok. Masih di Jakarta...hahaha FT tu pernah usik bonda melalui cerpennya....hingga DR Ros (seorang pengkaji sastera) larang bonda baca cerpen itu...hingga sekarang kelihatan kami baik, tapi hati bonda, calar darahnya masih berbekas. Kalau ada buku baik dari Jakarta, belikan dulu ya.... l u

Mawar said...

Bonda
aduh dua perempuan ini, bulatnya!
Lor, nanti kita kerjasama lagi. sekarang pasti banyak ramuan lain dari BNM. bahasamu juga semakin halus kok...ya bonda?

ya, kerja saya sekarang, kalau dapat ruang bentang kertas kerja, harus promosi buku teman2...jadi jurucakap sastera Melayu begitulah!