Thursday, 28 May 2009

MENJAGA KUCING

Bucuk masih menyusu, usia sebulan (mei 2007)
BUCUK tiba-tiba jadi pendiam. Malu-malu dan selalu masuk dalam pelukan kami. Melor bingung takut Bucuk sakit. Hari Minggu memang selalu bersedia untuk menghantar Bucuk ke klinik Haiwan - Animal Medical Centre di Wisma Medivet no 8 Jalan Tun Razak. Harus mendaftar dan Melor punya senarai panjang kucing-kucingnya yang sakit. Pernah malam hari raya kami tergesa ke klinik, si Jeng Ayu, di hempat kayu ukiranku, Jeng Ayu masuk wad tiga hari...dan Melor harus berulang hari raya di klinik. Sekarang Bucuk sudah hampir 2 tahun. Kerap berjalan seiring dengan kekasihnya, Belanga...hussh jangan ganggu mereka!

2 comments:

<< s| teD| yanG GOmuK >> said...

cantik nama kekasih bucuk.. Belanga.... camna dapat nama tu?

SITI ZAINON ISMAIL said...

haaa, hobi bonda masak dalam belanga tanah. serai dan pandan ada juga ditanam dalam belanga...cubalah masak asam pedas atau kuah tompoyak pahang dalam belanga....meleleh air mata