Tenun Samarenda (beli di Samarenda, 2007) corak beragi
MEMANG anda sudah kerap memakai kain samping atau kain sarung pelekat. Sejauh manakah anda peka untuk memastikan corak kain tenunan yang anda pakai. Atau dari manakah asal kain tenunan itu atau hanya diberi nama demikian sedangkan ia ditenun di tempat lain. Mungkin tip berikut boleh membantu kesedaran estetika dan appresiasi seni yang tinggi yang memang ada di sanubari anda.
Kategori corak:
1) Corak melintang/corak berdiri = pakan melintang/loseng menegak
2) Corak catur = pakan - loseng beragi
3) Corak Bugis = beragi (kotak disebut biasa sebagai catur) kecil
4) Corak Samarenda = beragi besar
5) Tenun Pahang, juga diberi nama seakan nama asal, corak Bugis
Semua istilah teknologi, motif hias tenunan dapat di rujuk dalam buku: Tenunan Pahang (Kraftangan), Tekstil Tenunan Melayu (SZI, DBP, 19967). Dari sudut falsafah pemakaian sila rujuk Semua tulisan Tenas Effandi terbitan DBP dan Universiti Malaya
7 comments:
Anakanda juga penyimpan koleksi kain pelekat cap Gajah Duduk untuk dibuat sampin semasa saya menyertai acara deklamasi bondaku.
Bagus anakanda, lepas ini mulakan koleksi tenunan Melayu asli, kerjtangan bukan mesen. Cap gajah duduk dulu asalnya dari India memang khusus untuk pakaian lelaki Melayu. tapi dibuat dengan mesen , dan kurang nilai seninya sesuai untuk basahan . Tenunan Melayu biasanya dipakai rasmi, tahan lama, boleh dipakai oleh tiga generasi. Bonda masih menyimpan tenunan Bugis, tenun Bahang waris dari datuk....masih padat benang tenunnya.
salam bunda
bunda saya juga ada koleksi sutra bugis saya beli sewaktu di medan tempoh hari nanti saya akan cuba masukkan ke dalam blog saya ya bunda
oh, gembira bila anak muda kita mula sedar makna warisan. nanti kalau menikah bersanding, harus sediakan songket kelantan, trengganu bukan songket india tau. sultan Muhammad Shah Melaka (1424-1444) berpesan " dilarang memakai cara atas angin, pakai cara keling juga dilarang' (ini dalam teks Sejarah Melayu, versi Shellabear)...kerana sultan memakai baju sarung dan bertengkolok ketika berangkat ke masjid, ...serban di arak, dan dibentangkan untuk solat, baru memakai jubah' . Berangkat pulang sultan kembali menyarung baju Melayu dan memakai destar semula...
itu sudah pasti bunda
kalau tak pakai baju songket kelantan,terengganu di waktu pernikahan saya akan pakai baju adat riau bunda
nanti saya post untuk baju adat riau
Ya daydec, Riau tu Melayu terutma Raiau Pengengat. Sultan Mahmud akhirpun sangkat dan makamnya di ppinggir sungai Kampar. Masih berkait dengan sejarah Melayu Melaka, tentu busananya menarik selamat!
iya bunda
ada juga tedengar yang sultan mahmud mangkat di pinggir sungai kampar
kerana ada saudara yang tinggal disana mengatakan disana juga ada cop mohor sultan mahmud disana dan ada juga pihak menyangkal dakwaan itu
walallahualam bil sawab
Post a Comment