Monday 25 May 2009

TAMU KELUARGA TSUNAMI

dari kiri: Dra Jamilah, dosen pendidikan sejarah,
Dra Jannah pakar masakan Aceh, dan Ibu Yu
KUNJUNGAN sahabat kerap menjadi kita lebih hidup . Jalinan persahabatan sejak muda , Alhamdulillah, masih diizin Ilahi untuk kita saling mengunjungi. Akhir April mereka menghubungi lewat telpon, " Kami udah di KL, jalan-jalan nanti akan ketemu pakar mata, boleh kita jumpa?". Suara Dra Jannah kedengaran gembira kerana masih diberi detik untuk kami berjumpa. Aku baru selesai ancara KONGRES MUAFAKAT, protes kepada DBKL yang akan merobohkan enam kampung Melayu di pinggir ibu kota. Bertemulah kami , aku dan sahabat yang banyak membantu perjalanan kajianku di pedalaman Aceh sejak tahun 1986. Sejak tahun 1990han rumah Dra Jannah memang tempat penginapan setiap kali tiba di Banda Aceh. Beliau juga antara sahabat yang banyak tahu rahsia kehidupanku di Aceh sana. Turut sama Dra Jamilah dan ibu Yu. Mereka adalah keluarga sisa libasan amuk gelora Tsunami.
Dalam ketawa masih ada sebak hiba. Ibu Yu kehilangan anak dan menantu dan sekarang harus menjaga cucu-cucu. Kuhantar mereka ke Hospital Mata Hussin Onn di PJ. Lalu kami keliling KL, masuk taman-taman batu, tol raya mewah, lalu singgah ke rumah Mak yang sunyi. Tangisan mereka berhamburan mengenang Mak yang sudah lama pergi. Kemudian doa pun berhamburan dalam sedu bila Dra Jamilah membaca doa buat Ibunda: Al Fateha...di rumah Templer mereka kembali ceria mendengar deru air dari anak sungai yang mengalir di bawah rumah. Apakah yang diucapkan kalau bukan kenangan dan kasih sayang. Walau hanya secangkir kopi madu, dan biskut merie, mereka masih dapat menahan sebak, dan doa juga berhamburan di rumah kami. Begitulah tradisi warga Aceh, di mana-mana doa dan sholat selalu mempertemukan kasih murni yang lebih abadi.

5 comments:

D'Rimba said...

Semoga Allah sentiasa merahmati hidupmu sekeluarga wahai bonda...........

mie3425 said...

Dr Siti, semoga Kongres Muafakat akan dapat mengekalkan warisan Melayu di pinggir kota sebagai tatapan anak Melayu yang hampir lupa warisan mereka.

Riesna Zasly said...

Bonda,
Pengasuh reena dahulu adalah orang melayu rawa, berasal di daerah gopeng & kampar, perak...

Sering rena kenangkan yang dia tidak mengaku dirinya batak mahupun minang... mereka punya budaya dan masakan yang berbeda...

Adakah melayu rawa itu kelompok acheh ya?

Namun, eyang saudiah itu benar mengajar reena tentang adat & sastera yang baik sejak kecil. Jasanya tak mungkin dilupakan...

SITI ZAINON ISMAIL said...

Reena, Melayu Rawa di Gopeng Perak, memang asal dari Sumatera, darah campuran Melayu Batak Islam. Tapi yang di PErak ini sudah menyatu dengan MElayu Semenanjung. Suara mereka jelas bertenaga, kalau dibandingkan dengan Riau Penyengat yang lebih lembut. Mereka bukan Aceh, tapi ada sentuhan budaya Melayu Suku Temiang, terutama melalui busana pengantin dan sulamat tekat. Mereka juga terkenal dengan gondang sembilan. Reena juga boleh baca novel Mochtar Lubis " Harimau-Harimau". Rawa Malaysia boleh carai nama Prof Bokhari . Gondang Sembilan datanya ada di Muzium Selangor. Ayah Reena, darah Melayu atau Jawa + Jerman?

daydeck86 said...

tambahan sedikit bunda
kalau di pekanbaru masih lagi riaukan
bunda pernah dengar orang ocu
orang ocu ni asalnya dari daerah kampar indonesia. kalau di malaysia ni orang ocu ramai di sentul, temerloh, mentakap, tanjung malim